Realisasikan kemenangan PH bukan omongan kosong, kata Awan Perlis

Realisasikan kemenangan PH bukan omongan kosong, kata Awan Perlis
Barisan Kepimpinan Awan Perlis.

Che Mazlina Che Yob

Peranan Angkatan Wanita AMANAH Negara (Awan) Negeri Perlis untuk bersama menerajui kemenangan bukan satu omongan kosong, sebaliknya ia akan direalisasikan menjelang pilihan raya umum yang akan datang.

Demikian dizahirkan oleh Ketua Awan Negeri Perlis, Che Mazlina Che Yob semasa Konvensyen Awan Negeri Perlis yang telah disempurnakan perasmiannya oleh Naib Pengerusi AMANAH Negeri Kedah, Dr Salmee Said, kelmarin.

Jelas Che Mazlina lagi, dibawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah terlakar sejarah apabila Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi wanita pertama dalam negara ini sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Malah ujarnya, tanpa sifat berani, tabah dan sabar, tidak mungkin ia dapat menangani pelbagai onak, duri dan ranjau dengan mengharungi perjuangan selaam 20 tahun.

Ahli Awan semasa mendaftar sebelum Konvensyen bermula.

“Oleh kerana itu Awan Negeri Perlis akan terus menjadikan ia sebagai inspirasi untuk terus mengharungi pelbagai halangan dan rintangan demi masa depan rakyat.

“Tugasan Awan kini amat besar kerana ia adalah sebahagian dari parti pemerintah serta menjadi duta kecil PH bagi menyebarluaskan segala maklumat dan polisi kerajaan.

“Maka itu kita harus melibatkan diri secara total dengan menyantuni ummah tanpa mengambil kira fahaman dan ideologi politik yang mereka anuti, ” tegasnya lagi.

Sejajar dengan itu katanya, AwanNegeri Perlis sedang dalam usaha untuk menubuhkan Skuad Peduli Awan yang akan berfungsi sebagai kumpulan penggerak untuk turun padang menyalurkan sumbangan sekiranya berlaku musibah dan bencana.

Tambah Che Mazlina lagi, Awan mesti sedar bahawa kini ‘dayung sudah di tangan, perahu sudah di air’.

Justeru itu katanya, semua pihak wajib mengambil segala ruang dan peluang yang ada bagi memanfaatkan rakyat dalam apa jua perkara.

Ahli Awan Negeri Perlis sempat bergambar kenangan selepas berakhir  Konvensyen.

COMMENTS