Malaysia Dateline

Realiti atau retorik 2 tahun 5 kali tanam padi

Tidak dapat dinafikan kewujudan tanaman padi 2 tahun sebanyak 5 kali boleh direalisasikan bagaimanapun sejauh manakah realiti ini mampu dilaksanakan setelah ianya menjadi harapan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhamnad Sanusi Md Nor.

Adun Kubang Rotan, Asmirul Anuar Aris yang juga merupakan Setiausaha AMANAH negeri Kedah berkata, proposal untuk merealisasikan tanaman padi sebanyak 5 kali dalam 2 tahun harus juga dimaklumkan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) manakah yang terlibat serta adakah yang diselia oleh MADA atau pun bagi seluruh negeri Kedah.

Realiti atau retorik 2 tahun 5 kali tanam padi
Asmirul Anuar Aris

“MB Kedah harus faham bahawa Empangan Pedu, Muda dan Ahning tidak pernah atau mampu memberikan pengairan dan saliran pertanian padi kepada petani di luar musim penanaman padi dan ianya turut digunakan bagi tujuan domestik seperti bekalan air minuman serta juga industri merangkumi pelbagai sektor ekonomi seperti kilang dan seumpamanya.

“Malah MB juga perlu sedar bahawa bagi tujuan penanaman padi ia terhasil daripada aliran empangan sebanyak 30 peratus, air hujan 50 peratus serta air lebihan sedia ada sebanyak 20 peratus.

” MB juga perlu peka mengenai benih subsidi, racun subsidi, baja subsidi, tanah jerlus, penyelenggaraan jalan ladang serta kewangan yang turut melibatkan tiga agensi berkait rapat dengan penanaman padi seperti MADA, MARDI dan juga Jabatan Pertanian,” ujar beliau sebagai respons terhadap cadangan MB Kedah mengenai penanaman padi 5 kali dalam 2 tahun.

Tambah beliau, agak kehairanan dan terdetik di dalam sanubari siapalah agaknya yang menjadi penasihat MB Kedah umpama cuba mencari ‘mileages and populis’ di tanah yang gersang.

Baru-baru ini Sanusi berkata, kerajaan negeri Kedah berhasrat untuk melaksanakan penanaman padi sebanyak lima kali dalam tempoh dua tahun bagi mengurangkan kebergantungan terhadap import beras.

Baca juga: Pakai rantai salib, peminat persoal anak Shah Rukh Khan Islam atau Kristian

Baca juga: Buka pusat saringan palsu, remaja untung RM27 juta