Malaysia Dateline

Hanipa Maidin

Realitinya rakyat jadi mangsa sebar berita benar dan tepat, kata MP Sepang

Usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mengubal undang-undang mengekang berita palsu disifatkan tindakan yang bagus namun realitinya rakyat menjadi mangsa disebabkan menyebarkan berita benar dan tepat di negara ini, kata Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

Beliau berkata, dengan keputusan mahkamah persekutuan menjatuhkan hukuman 30 bulan penjara terhadap Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam,membuktikan sebaliknya mengenai usaha kerajaan itu.

“Hairanlah demokrat palsu nak bendung berita palsu.

“Mengekang berita palsu memang bagus. Tapi, realitinya di dalam negara ni rakyat jadi mangsa sebab sebar berita benar dan tepat.

“Contoh yang klasik kes rakan baik saya, Yb Pandan. Dihukum penjara 30 bulan sebab dedah berita benar dan tepat.

“Yang terpalit dengan berita benar tu bebas di luar dan khabarnya sibuk nak jadi calon PRU,” ujarnya dalam kenyataan di facebook.

Dakwanya lagi di negara ini banyak undang-undang yang digual unuk menhukum kebebabasan suara rakyat walaupun terbukti benar.

“Kat negara ni banyak dah undang-undang yang masih hukum rakyat sebab bercakap dan sebar berita benar.

” Contoh Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi ( OSA ) diguna ( baca salah guna) sebab rakyat cakap benda benar. Benar bukan satu pembelaan dalam akta -akta tu ( truth is not a defence in the said Acts ).

“Dalam Parlimen bercakap benda benar seperti isu 1MDB pun tidak boleh. Dalam organisasi yang suci bercakap benda benar pun digeruni sebab diancam dengan firewall walak.

” Adakah berita palsu atau berita benar yang jadi musuh negara ni?

“InsyaAllah dengan mandat rakyat yang hantar kami ke Dewan Rakyat, kami akan bersuara lantang melawan budaya buli BN di sana. Kami tak akan rela orang kata jadi MP pasu bunga je di sana,katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said telah mengumumkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji undang-undang baharu bagi membendung berita palsu yang boleh mengugat kestabilan politik dan mengancam ketenteraman awam serta keselamatan negara.

Mesyuarat kali pertama telah dilangsungkan minggu lalu dan dihadiri wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Peguam Negara, Majlis Keselamatan Negara (MKN), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang.

Jawatankuasa khas tersebut akan mengadakan mesyuarat teknikal kedua bagi melihat cara draf undang-undang baharu berkenaan dibaca bersama akta-akta berkaitan sedia ada seperti Kanun Keseksaan, Akta Jenayah Komputer 1997, Seksyen 8A Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.