Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam hari ini menggelar usahawan Datin Seri Shahida dengan perkataan bodoh. Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Alif Syukri itu juga turut disembur dengan ayat pedih “kaya tapi bodoh, dan gila galmour” oleh pelakon itu.
Rebecca memuatnaik video di instagramnya dengan menafikan dakwaan mencari publisiti murahan apabila kerap memuat naik gambar abangnya bersama isteri baru iaitu Bonda Rozita Ibrahim.
Penjelasan itu dibuat untuk menafikan tuduhan Shahida yang orang kononnya dia lebih sudu daripada kuah.

“Adakah makcik ni bodoh atau bercakap tak menggunakan akal? Saya rasa makcik ni bodoh jugalah, ada patut saya takde kena mengena? Kalau takde kena mengena kenapa saya bercakap? Saya bukan posting tanpa minta izin.”
Rebecca tidak menyebut secara spesifik nama Shahida dalam videonya, tetapi suara di dalam rakaman jelas milik isteri Datuk Aliff Syukri iaitu Datin Shahida.
Menurut artis itu lagi, dia hanya meraikan kehadiran orang baru dalam keluarganya. Mereka hanyalah orang biasa dan mempunyai hubungan akrab antara adik beradik.
Abang sulungnya yang merupakan suami baru kepada Bonda Rozita yang selama ini menjaga dirinya ketika ibu bapa keluar bekerja.
Jadi, dia rasa tidak salah untuk bergembira bagi pihak abangnya. Rebecca turut menyindir isteri Aliff Syukri yang popular disebabkan suami dan ibu mentua yang kaya raya.
Sedangkan dirinya popular sejak dari belasan tahun disebabkan kerjayanya sebagai pelakon. Rebecca juga berang apabila dikatakan tiada kaitan dengan Bonda Rozita kerana statusnya adalah adik ipar.