Malaysia Dateline

REE: Tuan Ibrahim digesa tunjuk ajar Menteri Besar Kedah

Kerakusan kerajaan Kedah dalam merancang penerokaan unsur nadir bumi (REE) perlu dipandang serius oleh Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Pengerusi Biro Alam Sekitar Parti AMANAH Raja Kamarul Bahrin Shah berkata, menteri terbabit perlu mengambil berat isu ini kerana ia melibatkan tiga negeri dengan 4.2 juta penduduk.

Apatah lagi katanya, sebahagian besar penduduknya adalah Melayu Islam yang di nobatkan di juarai oleh kerajaan Melayu Islam Perikatan Nasional pimpinan Muhammad Sanusi Md Nor.

“Tuan Ibrahim perlu memberi tunjuk ajar atau teguran kata dua pada pimpinan negeri kerajaan Melayu Islam di tadbir PAS demi kebajikan serta kebaikan rakyat

“Perlulah kerajaan Negeri yang di terajui oleh parti bergelar parti Islam mengamalkan ajaran Islam sebenar dengan mengutamakan kesihatan dan kebajikan rakyat dengan memelihara alam sekitar dan menghasillan air bersih,” katanya.

Beliau memberi gambaran nasib malang rakyat Kelantan selepas 30 tahun memerintah Pas memerintah Kelantan bekalan air bersih dan tahap kemiskinan rakyat negeri tersebut masih di tahap yang menyedihkan.

Katanya, bukan sahaja kesihatan rakyat dengan bekalan air bersih tetapi soal halal haram menjual air mentah ke negeri lain juga mesti mengikut hukum Islam.

“Janganlah kerana Kedah ingin menjadi negeri kaya dengan menjual elemen nadir bumi RM62 trillion berserta proses pembalakan sebelumnya dengan juga penjualan air ke Pulau Pinang menyebabkan pengabaikan hukum halal haram mengikut Islam.

“Baik di Kelantan, Kedah dan juga Terengganu, ketiga-tiganya negeri tinggi majoriti Melayu, isu hampir sama berulang di mana isu perlombongan kerja-kerja mengekstrak hasil bumi yang mencemar alam sekitar secara terus mengancam kesihatan penduduk kampong terutamanya.

“Di Kelantan pencemaran sungai sungai dari aktiviti perlombongan bukan sahaja telah mencemar alam sekitar tetapi proses membalak yang perlu di laluinya telah menyebabkan banjir teruk.

“Di Terengganu pula perlombongan emas di Lubok Mandi, Marang bukan sahaja menyebabkan pencemaran alam jangka masa panjang air minuman sungai serta telaga tetapi juga kematian orang tertimbus tanah di sebabkan aktiviti mencari emas,” katanya.

Di Kedah katanya, pengumuman menteri besar menimbul banyak tanda soal kenapa isu ini di ketengahkan sebelum kajian mandatori mendalam EIA implikasi pencemaran serius REE di buat seperti di negara-negara lain demi keselamatan rakyat terutamanya orang kampung.

“Selain dari tujuan politik hendak menonjolkan “kejayaan” negeri dan pemimpinnya, ramai yang menjangka ini adalah alasan untuk mula menebang pokok untuk pembalakan lumayan secara meluas di hutan simpan Ulu Muda,” katanya.

REE ini banyak di temui di hutan simpan Ulu Muda yang begitu kaya dengan pokok pokok yang besar yang sebelum ini pun telah banyak menimbul kontroversi pembalakan.

Malahan kenyataan isu REE yang di katakan bernilai rm 62 TRILLION ringgit yang akan di ushakan syarikat swasta dan penerokaan ini dikatakan akan mengundang implikasi serius dan meluas.