Reformasi institusi akan pulihkan fiskal negara dalam tempoh 3 tahun

Reformasi institusi akan pulihkan fiskal negara dalam tempoh 3 tahun

Menteri Kewangan Lim Guan Eng menghakhiri ucapan pembentangan Belanjawan 2019 dengan mengajak reformasi institusi dilaksanakan bagi memulihkan kedudukan fiskal dalam masa 3 tahun ke hadapan.

“Rasa cinta terhadap tanahair akan menyatukan kita dalam menghadapi cabaran masa muka.Seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri “Malaysia umpama seekor Harimau Asia yang selama ini tidur lena, sekarang bangkit mengaum semula.” ujarnya dalam pembentangan Belanjawan 2019 di Parlimen hari ini.

Katanya titik bersejarah pada 9 Mei 2018 hanya bermakna sekiranya keadaan fiskal Kerajaan kembali pulih dan tarafhidup rakyat meningkat dalam bentuk gaji yang lebih tinggi, pekerjaan yang lebih baik dan lebih wang untuk berbelanja.

“Selagi kita bersih, berjiwa rakyat dan memberi tumpuan untukmelaksanakan reformasi institusi, maka kita dapat memulihkan kedudukan fiskal dalam masa 3 tahun.

“Sungguhpun terdapat perbezaan, rakyat Malaysia adalah istimewa kerana tanpa mengira kaum, agama ataupun latar belakang, kita masih bersedia untuk bekerja sama dan saling mempercayai satu sama lain,” ujarnya.

Beliau juga berkata, pilihan yang dibuat oleh rakyat sekali lagi telah terbukti betul apabila semalam, di Amerika Syarikat, dua bekas pegawai Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner dan Roger Ng, telah ditangkap dan didakwa oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat.

“Mereka adalah antara dalang dalam penerbitan bon 1MDBberjumlah USD6.5 bilion atau RM26 bilion yang bersubahat denganpenyangak di Malaysia untuk menyelewengkan wang rakyat Malaysia.

“Berita yang lebih baik ialah Jho Low, watak utama dalam skandal ini telahpun didakwa (indicted in absentia) di Amerika Syarikat. Bagi penyanggak yang telah mencuri wang rakyat, pulangkanlah wang kepada negara dan bersedia dihadapkan kemuka pengadilan.

“Bagi mereka yang masih menyokong penyanggakini, pohonlah maaf dan letak jawatan daripada pejabat awam. Malaysia sudah bersih dan kita berbangga bahawa kiniMalaysia bersih semula. Kepada mereka yang tersesat di hujung,baliklah ke pangkal jalan.

“Amar makruf nahi mungkar. Marilah kita menuju ke hadapan dengan penuh harapan. Malaysia Wibawa,” ujarnya mengakhiri ucapan pada pembentangan Belanjawan 2019 kali pertama oleh kerajaan baharu Pakatan Harapan yang bertemakan ‘Malaysia Wibawa, Ekonomi Dinamik, Rakyat Sejahtera’.