‘Reformasi’ sudah jadi dasar diterima pakai semua pihak, kata Anwar

‘Reformasi’ sudah jadi dasar diterima pakai semua pihak, kata Anwar

Bakal Presiden baharu PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, agenda reformasi akan terus menjadi dasar dan diterima pakai oleh semua pihak dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.

“Dalam ucapan Tun Dr Mahathir ketika membentangkan Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, beliau menyebut ‘reformasi’ tujuh kali yang akan diteruskan reformasi dalam semua bidang.

“Itu telah menjadi dasar diterima pakai semua pihak,” ujarnya ketika ditemui pada sidang media sempena Kongres Nasional PKR ke-13 di Ideal Convention Center Sdn Bhd (IDCC), Shaha Alam,hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Ahli Parlimen Port Dickson ini berkata, ramai pihak salah faham mengenai agenda ‘reformasi’ kerana berpandangan ia boleh dilaksanakan dengan masa yang singkat, itu tidak benar, katanya.
“Reformasi tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ia adalah satu proses berlanjuta.

“Dalam Islam disebut ‘Islah’ atau perubahan sedaya upaya yang berterusan.

“Nak pinda dan pastikan badan kehakiman bebas dan adil, SPRM berkesan, reformasi Parlimen ia adalah satu proses.

“Dalam ucapan dasar presiden (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) juga menyebut agenda reformasi akan diteruskan,” ujarnya bakal Perdana Menteri ke-8 itu.

Pejuang reformasi dihargai

Gerakan reformasi dicetuskan 20 tahun lalu dan laungan ‘reformasi’ menjadi laungan keramat bagi keanggotan PKR ketika itu dan hari ini setelah PKR berjaya membentuk kerajaan bersama parti gabungan DAP,AMANAH dan Bersatu yang menganggotai Pakatan Harapan, dalam kongress diadakan laungan ‘reformasi’ masih lagi memecah dewan persidangan di kalangan perwakilan.

Ia selari dengan tema dalam ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini ialah ‘Memakna Demokrasi, Menterjemah Reformasi’ mengajak perwakilan menghadam semula sejarah permulaan PKR.

Dr Wan Azizah yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, PKR yang telah melalui tempoh yang panjang dalam memperjuangkan reformasi sejak 1998 akan sentiasa dikenang dan dihargai.

“Hari ini kita berkumpul untuk berkongres sejak gerakan reformasi dicetuskan 20 tahun lalu dan para pendokong gerakan reformasi telah menyempurnakan mesyuarat agung pertama tatkala mengambil alih parti Ikatan Islam Malaysia (Ikatan) pada 28 November 1998, parti yang kemudiannay ditubuh menjadi Parti Keadilan Nasional.

“Seluruh anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) saya ingin menyeru supaya mengetahui sejarah penubuhan parti ini supaya kita sedar asal usul kita. Sejarah adalah elemen yang penting di dalam sesebuah perjuangan. Pejuang yang memahami sejarah akan elbh menghargai erti perjuangan ini,” ujarnya dalam ucapan dasar Presiden dalam Kongres Nasional Keadilan kali ke-13 hari ini.