Malaysia Dateline

Rekod Adly: PH akan menang selesa jika PRN diadakan di Melaka

AMANAH yakin, Pakatan Harapan akan menang selesa jika pilihan raya negeri diadakan di Melaka terutama jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PN dan Pakatan Harapan.

Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad berkata, keyakinan ini berdasarkan rekod yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri PH pimpinan ketua menteri Adly Zahary sebelum ini.

“Jika BN dan PN berpecah, saya yakin PH akan menang selesa di Melaka berdasarkan track rekod yang telah ditinggalkan oleh kerajaan PH Melaka pimpinan ketua menteri Adly Zahary sebelum ini.

“Jika BN dan PN bersatu pun, saya yakin rakyat negeri Melaka akan tolak mereka juga kerana ia akan membina sebuah kerajaan yang tidak stabil berdasarkan rekod kerajaan mereka yang ada,” kata Khalid dalam wawancara khas dengan beliau di Jom Channel, sebuah stesem TV internet.

Menurut Khalid, rakyat Melaka tidak boleh tertipu kononnya Barisan Nasinoal dan Perikatan Nasional bersatu atas kepentingan Melayu dan Islam kerana rekodnya mereka hanya bersatu untuk kepentingan diri mereka sahaja.

“Jika rakyat memberikan sokongan kepada mereka apabila mereka bergabung percayalah ia akan menghasilkan sebuah kerajaan yang tidak stabil juga dan akan jatuh semula nanti. Lihatlah apa yang berlaku sebelum ini.

“Tebukti gabungan ini tudak stabil dan akan menghasilkan kerajaan yang akan berpecah kerana gabungan ini untuk kepentingan masing-masing sahaja,”kata Khalid.

Bagaimanapun, Khalid tidak pasti apakah pilihan raya negeri akan diadakan atau tidak di Melaka kerana PH sedang membuat semakan di mahkamah berikutan keputusan membubarkan DUN Melaka.

Ini kerana, kata beliau, Tuan Yang Terutama Negeri Melaka tidak merujuk kepada pihak yang jelas mempunyai majoriti ketika bersetuju dengan permohonan untuk membubarkan Dun Melaka.