Malaysia Dateline

Rekod tertinggi 21,668 kes hari ini, tujuh negeri sudah empat angka

Penularan Covid-19 semakin membimbangkan apabila kes harian terus mencatatkan angka tertinggi dengan sebanyak 21,668 kes dilaporkan hari ini.

Ekoran pertambahan kes hari ini, jumlah jangkitan keseluruhan Covid-19 sudah mencecah 1,342,215 sejak wabak itu dikesan Januari tahun lalu.

Tujuh negeri dan wilayah merekodkan jangkitan baharu empat angka dengan empat daripadanya mencatatkan kes positif harian melebihi 2,000.

Pecahan kes Covid-19 hari ini (Kumulatif):

Selangor – 6,278 (491,292)
Kuala Lumpur – 2,436 (148,846)
Kedah – 2,143 (63,433)
Sabah – 2,052 (100,031)
Johor – 1,706 (106,427)
Pulau Pinang – 1,229 (56,633)
Sarawak – 1,216 (84,603)
Kelantan – 972 (53,633)
Perak – 930 (47,570)
Negeri Sembilan – 899 (82,470)
Pahang – 629 (31,482)
Terengganu – 594 (22,782)
Melaka – 494 (37,652)
Putrajaya – 56 (4,717)
Perlis – 23 (910)
Labuan – 11 (9,734)