Malaysia Dateline

Relik, patung Buddha dari 13 negara dibawa ke Bangkok untuk upacara pohon restu

Menteri Kebudayaan Thailand, Vira Rojpojchanarat, berkata pelbagai relik dan patung Buddha dari 13 negara akan dibawa ke Bangkok untuk menyertai satu upacara memohon restu semasa Tahun Baharu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Vira berkata relik dan patung terbabit akan ditampilkan dalam satu perarakan kebudayaan pada Sabtu (29 Dis).

Ia juga bakal dipamer di Sanam Luang sehingga 1Jan 2019 sebelum dipindahkan ke Muzium Nasional sehingga 15 Jan.

Kesemua artifak adalah dari Bhutan, Kemboja, China, Jepun, Indonesia, India, Laos, Mongolia, Myanmar, Singapura, Sri Lanka dan Vietnam.

Relik dari Thailand akan turut dimasukkan dalam upacara memohon restu itu.

Upacara memohon restu adalah antara 13 aktiviti kebudayaan yang dijadualkan berlangsung di Sanam Luang, kuil dan muzium di seluruh Thailand.

— BERNAMA