Malaysia Dateline

Remaja didakwa rogol gadis bawah umur

Seorang remaja lelaki yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan merogol seorang remaja bawah umur, tahun lepas.

Remaja berumur 17 tahun itu membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan secara tertutup di hadapan Majistret Nur Faizah Muhamad Saleh.

Remaja itu didakwa merogol mangsa berusia 16 tahun semasa kejadian pada 20 Ogos 2017 di kawasan air terjun Batu Bersungkai di sini.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat.

–BERNAMA