Malaysia Dateline

Renjatan elektrik dari mikrofon kena wajah dibasahi peluh hingga mulut kebas – Noh bukan meludah ke penonton

Masalah teknikal melibatkan renjatan elektrik daripada mikrofon yang menyentuh wajah dibasahi peluh hingga mulut kebas dikatakan punca Noh Salleh meludah di pentas bukannya ke arah penonton seperti didakwa.

Pengurus kumpulan Hujan, Ahmad Ariffin Ahmad, dilapor berkata mikrofon yang dipegang penyanyi berkenaan mengalami masalah apabila terkena sedikit renjatan elektrik sejurus dekat dengan mulut Noh.

“Ini terhasil kerana wajahnya dibasahi peluh dan air menyebabkan mulutnya kebas. Bagi mengalih rasa sakit, Noh secara spontan meludah di atas pentas.

“Dakwaan konon Noh meludah ke arah penonton tidak benar. Sebaliknya, dia meludah atas pentas,” dipetik BH Online.

Sejak malam tadi, rakaman video yang memaparkan gelagat meloyakan di pentas Konsert Hausboom Music 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang itu dihujani kecaman orang ramai.

Selain Noh, 37, konsert itu juga menampilkan persembahan kumpulan Wings, Masdo, Ruffedge dan Joe Flizzow.

Ada antara penonton mendakwa semasa giliran bekas suami aktivis Mizz Nina tersebut beraksi di pentas, penyanyi kelahiran Sarawak itu dilihat mencampakkan ‘microphone stand’ terlebih dahulu sebelum meludah.

Mengulas lanjut rakaman video itu, Ahmad Ariffin yang dikenal sebagai Ipin berkata, Noh tidak mungkin meludah hingga terkena penonton memandangkan terdapat jarak antara pentas dan penonton yang dipisahkan besi penghadang.

“Jika Noh ludah ke atas, mungkin tempias air liur kena kepada penonton. Sebab itu, Noh tunduk.

“Namun, jika ada yang terkena tempias ludah Noh, kami mohon maaf kerana perkara itu tidak disengajakan,” katanya lagi.

Baca juga Penyanyi rock Barat pun tak ludah penonton – Warganet desak buat ujian urin ke atas vokalis Hujan

Baca juga Degil dia pun banyak manfaat tau – Sambau banyak khasiat, kucing dah lama tunjuk, manusia je lalai