Malaysia Dateline

“Bukan kedekut, resepi kami berbayar, pegang amanah cikgu bukan senang nak dedah pada orang lain, nanti tak berkat”

Seorang bakers mendedahkan bukan senang untuk berkongsi resepi pada orang lain kerana ia adalah amanah daripada cikgu apatah lagi resepi itu berbayar bukan diberi secara percuma.

Bakers yang dikenali sebagai Jihani Azhar tampil menjelaskan dalam kalangan mereka bukan kedekut ilmu sebagaimana dikatakan oleh seorang pengguna akaun TikTok Sri Hartini Mohd Moe.

Jelas Jihani, zaman sekarang bukan seperti zaman dahulu kebanyakkan ilmu dan resepi yang mereka dapat ialah berbayar.

“Bakers ni kedekut ilmu ke? Meh nak bagitau lah kepada acik acik dan adik adik yang rasa kami kedekut ilmu. Terutama mereka yang macam puan sri ni.

“Bila berbayar, kami berpegang pada amanah cikgu kami untuk tak sewenangnya dedah resepi pada orang lain.

“Fahamkan maksud AMANAH di sini? Tu je sebenarnya. Bayangkan kalau kami pecah amanah, berkat ke rezeki kami bila meniaga?” katanya.

"Resepi kami berbayar, pegang amanah cikgu bukan senang nak dedah pada orang lain, nanti tak berkat"

TikTok Sri Hartini Mohd Moe yang membiasakan dengan kak Sri sedih apabila kawannya enggan berkongsi resepi kek carrot sehingga beliau menunggu sambil memegang pen dan kertas untuk mencatat resepi kek tersebut.

Berdasarkan kenyataan kak Sri itu, puan Jihani berasa bingung kerana kak Sri minta resepi hanya untuk suka-suka sahaja yang akhirnya dia akan membeli kek itu dengan kawannya juga.

“Dan pasal point puan sri ni cakap sebab orang minta resepi tu. Kalau mintak resepi tu sesaje je, bukannya nak buat pun/bukannya menjadi pun/akhirnya akan beli juga dari member tu. Dah tu kenapa kena minta resepi dari peniaga? Aih anehnya laa hai.

“Ibaratnya kau minta pinjam kereta kat jiran sebelah, tapi sebenarnya kau tak pandai drive pun. So what is the point? Saje jelah nak bermanja beramas mesra?

“Ye betullah ilmu tu dari Allah. Tapi jangan lupa, pecah amanah tu berdosa ke tak? Jawab tu jelah,” kata beliau.

Justeru beliau berkata, jangan memberi persepsi penjual kek atau makanan tidak berkongsi ilmu langsung tapi kena bertimbang rasa sumber pahala berkat atau tidak bila mana pecah amanah dan kongsi resepi berbayar yang dipesan jangan sesuka hati kongsi.

“Baru rejek kau sekali dah buat content acah positif gini. Ish panas pula hatiku.

“Ya, berkongsi ilmu tu berkat. Insyaallah rezeki kita nanti pun makin murah. Pahala berpanjangan.

“Resepi berbayar VS resepi percuma yang orang lain share tu berbeza ya. Niat tak menghalalkan cara,” ujarnya lagi.

Baca juga: Ribuan rakyat berebut ambil gambar dua pelangi muncul di atas Istana Buckingham selepas pemergian Ratu

Baca juga: Pengurus buat hal, Khairul Aming mohon maaf