Resolusi Deklarasi Rakyat boleh diterima Pas, kata Abdul Hadi

Resolusi Deklarasi Rakyat boleh diterima Pas, kata Abdul Hadi

Majlis menandatangani Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia  bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu,  yang turut disertai empat orang pemimpin  Pas kerana resolusi itu boleh diterima dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan atau kumpulan tersendiri, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Majlis menandatangani Deklarasi Rakyat Selamatkan Malaysia  bersama Tun Dr Mahathir Mohamad Jumaat lalu,  yang turut disertai empat orang pemimpin Pas kerana resolusi itu dianggap  boleh diterima dan tidak melibatkan mana-mana pertubuhan atau kumpulan tersendiri, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemimpin Pas yang turut hadir Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Mustafa Ali, bekas Naib Presiden Pas Datuk Husam Musa (Adun Salor)  dan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar dan AJK Pas Pusat Datuk  Mohd Khairuddin Aman Ghazali.

“Kita ada keputusan kita sendiri. Ada resolusi yang boleh kita ikut, ada resolusi yang kita tak ikut, ada resolusi yang kita kena tambah lagi. Tak cukup resolusi, kena tambah lagi resolusi itu.

“Dalam hal ini, kita memilih Muwajahah Silmiyyah. Pendekatan secara damai dan kita tidak mahu wujud Arab Spring. Arab Spring, Arab musim bunga yang tidak berbuah sampai hari ini.

“Kita mahu musim yang berbuah tempat kita. Biar berlaku hujan, kemudian keluar buah, jangan Spring tak ada buah. Bunga pun tak keluar. Ini kita kena sedar,” ujarnya pada Ijtimak Tarbawi 1.0 Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di Taman Bolton.

Tegasnya lagi, seperti dipetik media rasmi parti itu, dari segi politik Pas tidak boleh ‘dikualikan’ oleh mana-mana pihak.

Datuk  Mustafa Ali (dua dari kiri) turut bersama 58 individu yang menandatangani deklarasi rakyat Jumaat lalu yang dipertikaikan oleh ramai pihak sebelum ini.Justeru, mengambil pendekatan dalam krisis ini, ahli mestilah mengikuti sebagaimana diatur pimpinan.

Jelas Abdul Hadi, Pas tidak boleh menang dengan undi orang Pas dan atas pagar sahaja.

“Kalau boleh kita mahu, biar ada orang Umno yang undi kita juga, biar ada orang yang bukan Islam yang mengundi kita juga. Pas tidak bermusuh dengan orang Umno. Pas anti fahaman Umno, itu saja.

“Kita berbeza dengan Umno dari segi kefahaman, dengan orang Umno kita tak mahu bermusuh, ini kena faham. Ini dia, dua perkara yang berbeza,” ujarnya mengulangi penjelasan.

TAGS