Respon penduduk terhadap calon N16 Muara Tuang, Haji Daud Eali yang mewakili AMANAH dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini menunjukkan reaksi positif.
Menurut Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Dr Roslan Ahmad, kesempatan menemani calon N16 tersebut berkempen di Kampung Malaban yang terdiri dari bangsa Dayak memperlihatkan kekecewaan yang besar dizahirkan mereka terhadap pentadbiran kerajaan negeri Sarawak.
“Sapaan dan pertemuan dengan penduduk sekitar kawasan tersebut hampir keseluruhan yang ditemui memberi respon yang negatif terhadap kepimpinan kerajaan negeri sedia ada.
” Masalah yang sering timbul dan dibangkitkan adalah sistem peparitan, jalan raya dan janji yang telah dibuat dalam pilihan raya sebelum ini tidak pernah terlaksana.
” Walau bagaimana pun majoriti penduduk yang ditemui memberikan respon yang positif terhadap calon AMANAH kali ini dengan harapan dapat memberi kemenangan seterusnya membawa suara mereka,” ujar beliau melalui pautan facebooknya.