Restoran Cina Muslim di Bukit Bintang ini mampu raih jualan cecah RM80,000 sehari 

Oleh KIM SYAZIE

Sebuah restoran yang menyediakan masakan Cina Muslim di Bukit Bintang, Kuala Lumpur didakwa boleh meraih jualan sehingga RM80,000 sehari.

Perkara itu dikongsikan sendiri seorang pengguna TikTok yang juga vlogger tempatan ketika membuat rakaman video mengenai restoran dikenali sebagai Lan Zhou Mee Tarik.

Sewaktu berada di restoran tersebut itu, lelaki itu sempat menanyakan jumlah jualan harian kepada seorang pekerja di situ memandangkan kedai berkenaan sangat popular dan sentiasa dipenuhi pelanggan daripada pelbagai bangsa.

Pekerja di restoran itu memberitahu bahawa mereka mampu meraih sekitar RM70,000 hingga ke RM80,000 sehari. 

Teruja mengetahui pendapatan sehari restoran itu, lelaki tersebut sempat membuat kira-kira untuk mendapat kepastian berapa jumlah mangkuk mee tarik yang dijual setiap hari.

Dia mengambil kira semangkuk mee tarik yang berharga RM14 lalu dibahagikan dengan jualan minimum seharian iaitu RM70,000. 

Kedai itu ternyata mampu menjual sebanyak 5,000 mangkuk mee tarik dan ini tidak termasuk sajian lain yang dibeli oleh para pelanggan.

Jadi, secara logiknya mereka dilihat mampu menjana jualan mencecah ratusan ribu ringgit pada setiap hari.

Restoran tersebut sering menjadi perhatian ramai kerana menyajikan pelbagai jenis makanan asli Cina Muslim yang dimasak sendiri. Harga yang ditawarkan juga dikira berbaloi yang mana sekitar RM14 ke RM40 sahaja.

Baca juga: “Aku ni tak kerja, pemalas, terbagi pula ‘badan’ dekat BF, sehari sebelum nikah dia putuskan tunang”