Restoran di Singapura pikat rakyat Malaysia tawar gaji RM11,000 untuk basuh pinggan

Oleh KIM SYAZIE

Kerana sukar mendapatkan pekerja, restoran di Singapura bertindak memikat rakyat Malaysia dengan menawarkan gaji RM11,000 sebulan untuk tugas basuh pinggan.

Ini kerana pemilik restoran di Singapura berdepan kesukaran mencari pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan kosong pencuci pinggan di premis perniagaan masing-masing.

Menurut laporan portal Must Share News, jawatan kosong sebagai pencuci pinggan itu ada yang tidak terisi untuk tempoh yang begitu lama.

Bagaimanapun, masalah berkenaan berjaya diatasi selepas beberapa pemilik restoran menaikan tawaran gaji mencecah nilai lima angka itu.

Namun begitu katanya, mereka masih perlu menunggu untuk tempoh yang lama, ada antaranya sehingga sebulan, walaupun gaji yang ditawarkan jika ditukar ke matawang Ringgit Malaysia sebenarnya cukup lumayan.

Disebabkan kekosongan jawatan itu yang terlalu lama tidak diisi, pemilik restoran berkenaan sendiri turun padang untuk mencuci pinggan mangkuk

Menurut pemilik restoran Ishinomaki Grill & Sake Chen Weixin, sebelum ini pekerja cuci pinggan tersebut dilakukan oleh mereka dari Malaysia. Namun pekerjaan ini tidak mendapat sambutan biarpun gaji diberikan adalah sebanyak SG $50 (RM160) sehari.

Selain dari itu, kesukaran ini adalah kerana semasa pandemik lalu ramai yang pulang ke negara asal kerana pelanggan tidak dibenarkan makan di restoran. Makanya mereka terpaksa berdepan masalah kesukaran mencari pekerja ketika ini.

Tambahnya lagi jumlah tawaran gaji sehingga SG $3,500 (RM11,000) itu adalah bersamaan dengan pendapatan bagi graduan universiti dan dengan cara itu barulah Chen Weixin berjaya mendapatkan pekerja dari Malaysia.

Selepas pencarian dengan jumlah tawaran gaji terbaharu itu mereka akhirnya berjaya selesaikan masalah tersebut.

Baca juga: Sanggup ulang alik 20km setiap hari, bapa rela kutip sampah demi bayar yuran anak