Malaysia Dateline

Reunion TLDM di Sibu 2 November ini

Persatuan Veteran TLDM (PVTLDM) Cawangan Sarawak akan mengadakan Majlis Reunion TLDM pada 2 November ini berlangsung di Bahagian Sibu.

Timbalan Yang Dipertua PVTLDM Sarawak, Ayop Napi berkata, seramai 250 veteran LTDM dijangka akan menyertai majlis tersebut.

Katanya, majlis berkenaan terbuka kepada veteran LTDM yang pernah berkhidmat dari 1971 sehingga sekarang dan bakal dihadiri oleh veteran dari Semenanjung Malaysia yang pernah berkhidmat di Sarawak.

“Majlis adalah bertujuan untuk menyatukan semua veteran TLDM yang berada di seluruh Sarawak serta memberi peluang kepada veteran untuk bertemu semula.

‚ÄúDengan majlis ini, kami berharap dapat mengeratkan semula hubungan antara satu sama lain selepas berpisah menamatkan perkhidmatan masing-masing,” ujarnya.

Ayop turut menyeru supaya veteran yang hadir nanti untuk membawa ahli keluarga masing-masing pada majlis itu.

Beliau turut memaklumkan bahawa PVTLDM Sarawak bakal menjadi tuan rumah bagi Persidangan Perwakilan PVTLDM Peringkat Kebangsaan di Hotel Kingwood, Sibu pada 3 November, bermula jam 8 pagi.

“Persidangan akan dihadiri Presiden PVTLDM Kebangsaan Senator Laksamana Mohamad Imran Abdul Hamid (B) Dan semua wakil PVTLDM dari seluruh negara,” jelas beliau.