Revolusi industri 4.0 : Terlalu awal simpulkan kegagalan Kementerian Pendidikan

Revolusi industri 4.0 : Terlalu awal simpulkan kegagalan Kementerian Pendidikan

Kenyataan Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan Daim Zainuddin bahawa negara kita ketinggalan dalam kemajuan digital dalam pelbagai industri kerana kegagalan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) salah keutamaan dengan tidak memberi tumpuan kepada Revolusi Industri 4.0 adalah masih boleh dibahaskan.

Polisi polisi baharu yang diperkenalkan semenjak Dr. Maszlee Malek mengetuai Kementerian Pendidikan tidak pun menjadi faktor yang meletakkan sistem pendidikan negara kita masih perlahan dalam mengejar perkembangan revolusi industri 4.0, dan isu isu yang timbul rentetan dari polisi baharu ini telah berjaya dibesar besarkan sehingga kita turut terperangkap hingga menyalahkan Kementerian Pendidikan dalam hal ini sedangkan banyak hal telah dibesarkan dan digambarkan secara salah oleh pembangkang dan kumpulan seangkatan dengan mereka.

Memberi bandingan kementerian tidak memberi keutamaan kepada mengejar kemajuan digital sebaliknya berlegar sekitar isu bahasa jawi, perdebatan pembelajaran sains dan matematik adalah juga adalah tidak tepat , dalam hal Revolusi Industri 4.0, adalah sukar untuk nyatakan secara tepat samada kita sememangnya dibelakang negara lain atau pun kita sebenarnya mengejar, ukuran yang diambil dalam membuat dakwaan terbabit masih tidak jelas.

Dalam mengejar revolusi industri untuk negara dan berskala lebih besar kepada impak ekonomi, ia juga tidak seharusnya dilihat pada peranan KPM semata, lebih dari satu kementerian terlibat dan Kerajaan juga melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dah wujudkn industri 4WRD sebagai blueprint & polisi untuk Industri 4.0.

Dalam tempoh seawal 15 bulan mentadbir negara, ada perkara yang boleh dilaksana dan diubah dalam tempoh terbabit, namun ada beberapa perkara terutama yang memerlukan lebih masa untuk memperlihat kejayaan, perkara yang melibatkan kepakaran teknologi, ia tidak boleh dilihat hasilnya dalam tempoh yang singkat.

Keutamaan yang kita lihat mendapat perhatian Kementerian Pendidikan pada peringkat awal dahulu adalah isu isu yang dibangkitkan diperingkat bawahan terlebih dahulu, isu bebanan kerja guru, isu insfrastruktur persekolahan, membentuk peribadi pelajar dan kita lihat ada perkembangan positif dalam hal tersebut, sikit masa lagi kita akan mampu melonjakkan prestasi sistem pendidikan termasuk dalam memperlihatkan kemampuan kita mengejar Industri 4.0 apabila asas sistem pendidikan negara kita perkukuhkan terlebih dahulu.

*Penulis adalah  Pengarah Komunikasi Pemuda AMANAH Terengganu