Rezeki terpijak, Cikgu Kimia kini jadi wanita ke-97 paling kaya di dunia

Oleh NASUHA RAHMAN

Seorang Cikgu Kimia dari negara China dinobatkan sebagai wanita ke-97 paling kaya apabila berjaya menguasai ekonomi nombor satu di dunia.

Cikgu kimia itu dikenali Zhong Huijuan, seorang usahawan China berusia 61 tahun memulakan syarikat farmaseutikal tanpa sebarang pengalaman kini bergelar wanita terkaya di dunia dengan kekayaan bernilai 106 bilion yuan (kira-kira AS$15.1 bilion)

Berdasarkan senarai yang dikeluarkan oleh Hurun Research Institute, 61 peratus usahawan wanita bergelar jutawan memiliki kekayaan melebihi AS$1 bilion, jauh mengatasi Amerika Syarikat di tempat kedua dan United Kingdom ketiga.

Menurut Bloomberg Billionaires Index, Zhong berada di senarai ke-97 orang paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaan US$19.2 juta.

Zhong Huijuan seorang graduan lulusan sarjana kimia dari Jiangsu Normal University, wanita ini memulakan kerjayanya sebagai guru kimia di sebuah sekolah menengah.

Pada tahun 1995, bekas guru kimia itu mengasaskan Hansoh Pharmaceutical, iaitu pembuat ubat-ubatan farmaseutikal terbesar di China.

Sementara suaminya, Sun Piaoyang juga menjalankan bisnes yang sama melalui Jiangsu Hengrui Medicine, menjadikan pasangan ini sebagai keluarga perniagaan farmaseutikal terkaya di dunia.

Penularan kes COVID-19 meningkatkan permintaan pasaran stok ubat-ubatan dan pelbagai peralatan perubatan China yang dibekalkan oleh syarikat Hansoh Pharmaceutical.