Malaysia Dateline

RFID TNG eWallet boleh isi minyak kereta dengan mudah, ikuti pengalaman pemuda ini

Selain penggunaan RFID untuk membayar di plaza tol, RFID juga boleh digunakan untuk membayar minyak kereta dengan mudah.

Ia juga menyokong beberapa perkara lain yang dapat memudahkan urusan seharian orang ramai.

Seorang pengguna TikTok, @iivanstephanos baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya bagaimana dia menggunakan RFID untuk membayar minyak keretanya dengan mudah.

Menerusi video yang dikongsikannya, terdapat satu sensor berada di pam minyak terpilih yang akan mengesan pelekat RFID. Disebelahnya pula, terdapat skrin menunjukkan ‘bulatan hijau’ yang akan bertukar menjadi ‘imej nozel pam minyak’ sebagai tanda kepada pengguna sudah boleh mula mengisi minyak.

RFID TNG eWallet boleh isi minyak kereta, ikuti pengalaman pemuda ini
Penggunaan RFID semakin diperluas tidak terhad di plaza tol sahaja

Menurut @iivanstephanos, dia telah mencuba kaedah pembayaran RFID tersebut di Shell Taman Connaught, petik The Vocket.

Setakat ini hanya lima stesen minyak sahaja yang menawarkan kaedah pembayaran RFID menerusi aplikasi mudah alih TNG eWallet ini — Shell Mint Hotel, Taman Connaught, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), NKVE Damansara dan Bandar Sri Menjalara.

Bagi yang sentiasa mengumpul mata kad Bonuslink, jangan risau, sebab kad BonusLink boleh dipautkan pada aplikasi TNG eWallet dengan hanya meletakkan nombor kad 16 digit semasa mahu menambah nilai untuk mengisi minyak.

Perkongsian video itu telah mendapat perhatian pengguna TikTok lain yang sangat kagum betapa mudahnya mengisi minyak dengan menggunakan kaedah pembayaran RFID dan TNG eWallet.

Orang ramai berharap agar Shell memperluaskan penggunaan kaedah pembayaran RFID ini di lokasi-lokasi yang lain juga.

Jika anda berada berhampiran dengan ke lima-lima lokasi berkenaan, bolehlah anda mencuba sendiri pengalaman baharu mengisi minyak dengan mudah.

Tetapi pastikan anda aktifkan RFID terlebih dahulu dan mempunyai baki TNG eWallet yang cukup sebelum menggunakannya.