Ribuan penuhi Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi

Tiga pemimpin utama PH antara yang awal tiba.

 

Ribuan penyokong dan peminat menyertai Himpunan Sayangi Malaysia dan Hapuskan Kleptokrasi yang diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor hari ini 14 Oktober.

Orang mula turun se awal jam 2 lagi walaupun perhimpunan ini bermula dengan rasminya pada jam 4 petang.

Pengerusi Jawatankuasa Mobilisasi yang juga Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Mohamad Sabu antara yang awal tiba.

Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir dan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang juga antara yang awal hadir.

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba jam 6.25 petang ke tapak perhimpunan itu.

Rakyat dari pelbagai kaum hadir.

Melayu antara yang paling ramai dalam perhimpunan kali ini.

Tempat duduk di sekitar padang menjadi tumpuan di awal himpunan.

Padang Timur ketika jam 5.30 petang.

Perhimpunan keluarga sambil bersantai.

Bersiap untuk solat Maghrib berjamaah.

Menunaikan solat Maghrib secara berjamaah di Padang Timur.

Anak muda PH solat Maghrib berjamaah di Padang Timur, Petaling Jaya.