Ribuan rakyat banjiri Padang Kota sambut 10 tahun pemerintahan kerajaan Pulau Pinang

Ribuan rakyat banjiri Padang Kota sambut 10 tahun pemerintahan kerajaan Pulau Pinang

Kehadiran ribuan rakyat Pulau Pinang sempena sambutan 10 tahun pemerintahan kerajaan negeri Pulau Pinang pada 10 Mac di Padang Kota, Georgetown membuktikan sokongan yang amat memberansangkan bagi mengekalkan kuasa yang ada.

Mereka yang hadir bukan saja terdiri daripada masyarakat Melayu, malah semua golongan masyarakat.

Yang berkerusi roda, yang bertongkat, kanak-kanak, remaja sehinggalah mereka yang menjangkau usia emas sanggup bersengkang mata sehingga lewat malam bagi mendengar ucapan dari pimpinan kerajaan negeri dan juga Pakatan Harapan (PH).

Program yang dimulai selepas Maghrib tersebut turut dipenuhi dengan ucapan daripada pimpinan kerajaan negeri seperti Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Timbalan Ketua Menteri II, Prof Ramasamy dan juga barisan exco kerajaan negeri.

Manakala selepas Isyak ia mulai menampilkan kepimpinan utama PH seperti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohamad Sabu, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri.

Pimpinan PH semasa gimik perasmian sambutan 10 tahun pemerintahan kerajaan P.Pinang kelmarin.

Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan Ketua Sekretariat PH merupakan antara pimpinan yang menjadi tumpuan dan penantian hadirin.

Pimpinan PH yang turut hadir dalam program sambutan di Padang Kota, kelmarin.

Pengumuman pengagihan kesemua 40 kerusi bagi komponen PH iaitu AMANAH, PKR, Dap dan Bersatu turut mendapat tepukan gemuruh setiap kali nama parti yang mendapat kerusi diumumkan.

Selain ucapan berapi-api daripada pimpinan PH, hadirin turut disediakan makanan percuma dengan pelbagai jenis juadah sehingga berakhirnya program sambutan.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu turut memberi ucapan semasa sambutan yang diadakan kelmarin.

Jualan baju, topi serta pelbagai cenderahati yang berlatarbelakangkan kata-kata semangat untuk menuju perubahan turut menjadi tumpuan para hadirin pada majlis tersebut.

Rata-ratanya ucapan yang disampaikan oleh kesemua pimpinan mengajak rakyat negeri ini supaya meneruskan sokongan kepada PH bagi tempoh lima tahun yang akan datang menjelangnya pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.

Malah harapan yang menggunung bagi menumbangkan kerajaan Umno-BN merupakan agenda utama yang harus diberi fokus supaya manifesto PH dapat direalisasikan dalam PRU14 yang akan datang.

Ucapan bersemangat yang diselang seli dengan sorakan dan laungan ‘ lawan tetap lawan’, ‘tolak Umno-BN’ dan sebagainya membuktikan kesungguhan pimpinan PH bersama-sama rakyat negeri ini yang inginkan reformasi menjadi realiti.

Seruan yang dibuat oleh Wan Azizah, Mohamad Sabu, Saifuddin, Kit Siang, Mohd Rashid, Ramasamy, Muhyiddin, Mukhriz maupun Guan Eng kesemuanya menjurus kearah menukar kerajaan kleptokrasi yang dipimpin oleh Najib kepada sebuah kerajaan yang lebih telus dan peduli rakyat pimpinan PH.

Dalam PRU13 yang lalu, Umno-BN hanya mampu mempertahankan 10 buah kerusi di Pulau Pinang menjadikan mereka sebagai pembangkang untuk penggal kedua sejak PRU 2008.

Pelbagai golongan masyarakat yang turut hadir semasa acara sambutan kelmarin.

Manakala Pas hanya mampu menang satu kerusi sahaja bagi kawasan Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir walaupun bertanding di enam buah kerusi.

Dengan pengagihan kerusi terbaru bagi PRU14 akan datang, adalah dijangka Umno-BN akan sekali lagi hilang beberapa buah kerusi yang masih berbaki dalam genggaman mereka.

Pas pula dijangka tidak mampu memenangi satu kerusi pun termasuk kerusi tunggal yang mereka menangi di Permatang Pasir sebelum ini.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS