Ribuan sambut Adun Pas serta PH

Khairudin mengumumkan tindakannya meninggalkan Pas dan menyertai PH baru-baru ini dengan disambut pemimpin dan kerabat PH.

Ribuan penyokong Pakatan Harapan (PH) menyambut penyertaan Adun Pas Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman ke dalam parti gabungan itu baru-baru ini.

Khairudin meninggalkan Pas sebaik sahaja parlimen dibubar Jumaat lalu dan berkuatkuasa 7 April lepas.

Bekas setiausaha perhubungan Pas Selangor kepada tiga pesuruhjaya itu mengumumkan tindakannya meninggalkan Pas di hadapan Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail, timbalannya Mohamad Sabu dan naib presiden Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Azmin yang juga menteri besar Selangor menerima borang keanggotaan beliau dan menjelaskan Khairuddin sebagai seorang ‘kawan yang dihormati’.

“Sesiapapun yang yakin dengan perjuangan Pakatan Harapan, sesiapa yang berhasrat mengutamakan agenda reformasi, kami mengalu-alukan mereka bersama Pakatan Harapan,” kata Azmin di majlis yang penuh sesak dengan penyokong itu.

Berikut adalah gambar-gambar majlis ini.

 

Orang ramai yang memenuhi majlis itu membayangkan sokongan kepada PH.

 

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu diapit oleh Azmin dan Datuk Saifudin Abdullah, Ketua Sekretariat PH.

 

Nurul Izzah memberikan ucapan sambil memegang bendera PKR, lambang yang akan digunakan oleh semua parti PH dalam PRU 14 nanti.

 

Mesti ada sesuatu yang dibisikkan oleh ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah, kepada Khairudin. Subang kini ditukar nama kepada Sungai Buloh dengan majoriti pengundinya kini menjadi orang Melayu.

 

 

CATEGORIES
TAGS