Malaysia Dateline

Ribuan tonton Sajat tidur berdengkur gara-gara terlupa ‘end live’- Ramai nak kejutkan dia tapi tak boleh

Hampir 6,000 pengguna TikTok telah menyaksikan usahawan kontroversi Nur Sajat tidur berdengkur gara-gara terlupa untuk ‘end live’.

Sajat dikatakan membiarkan telefon bimbitnya menayangkan aksinya sedang tidur lena yang sempat dirakam oleh seorang pengguna TikTok rolexnotforex.

Difahamkan ada orang yang mendakwa menonton ‘live’ Sajat hampir satu jam.

Daripada perkongsian itu netizen meninggalkan komen-komen lucu bahkan tidak kurang juga ramai yang mahu mengejutkan usahawan dengan membuat panggilan.

Walaupun ada yang menyifatkan dengkuran Sajat seperti enjin turbo namun Sajat tetap kelihatan ayu.

“Relax je dia tidur ek, kalau aku dah ternganga dah,” komen netizen.

Difahamkan dalam ‘live’ itu Sajat berulang kali memberitahu dirinya sangat mengantuk tetapi tidak mahu ‘end live’.

“Uish betul2 tertido eh dia smlm? Byk kali dia ckp “mak ngantuk”. tp xnk end live,”komen niniamnina

“Nak kejutkan tak boleh…dgar aje laa die berdengkur,” komen filzahfaizal4

Menyiarkan siaran langsung ketika tidur sudah menjadi ‘trend’ dalam kalangan TikToker.

Memang menjadi kebiasaan bagi TikToker berbuat demikian dan uniknya ramai yang gemar menontn aksi sedang tidur yang dipaparkan secara langsung.

Baca juga: Pelakon Hong Kong abai tanggungjawab anak perempuan jadi gelandangan, beratur dapatkan makanan percuma