Ribuan warga asing di Rumah Prihatin, orang ramai bimbang kerana langgar SOP

Oleh BORHAN AHMAD

Warga prihatin yang cuba menyuraikan mereka kerana bimbang mereka akan menjadi pembawa Covid seterusnya.

Orang ramai meminta agar pihak berkuasa khasnya pasukan polis menyuraikan segera ribuan orang yang beratur di perkarangan Rumah Prihatin Kuala Lumpur yang terletak di sebuah hotel kerana mereka yang tidak mematuhi SOP.

Menurut video yang ditularkan oleh seorang sukarelawan yang hanya berkain pelikat berusaha meminta mereka yang beratur menjaga jarak antara satu sama lain tetapi tidak berdaya.

“MITI tolonglah. Bukan ini caranya. Orang kita sudah ramai yang mati ni,” kata beliau kepada anggota polis yang baharu tiba di tempat kejadian itu.

“Jika ini tidak diselesaikan, walaupun mereka hanya warga asing, kita sendiri yang akan mendapat bahanannya nanti, silap-silap lokedown sampai tahun depan,” kata beliau dalam video yang kini ditularkan menerusi akaun Instagram bondaumirahtaib itu.

 

 

Gambar yang disiarkan oleh bondaumirahtaib melalui Instagram beliau.

 

Polis tiba untuk mengawal keadaan.