Malaysia Dateline

Ribut solar gergasi hampiri Bumi hari ini, fenomena Aurora dapat dilihat dari Khatulistiwa

Daily Star melaporkan jangkaan tersebut adalah berdasarkan data Pentadbiran Aeronautik & Angkasa Kebangsaan (NASA) serta Pentadbiran Lautan & Atmosfera Kebangsaan (NOAA).

Orang ramai di seluruh dunia mungkin akan dapat melihat fenomena Aurora, petunjukan cahaya yang sering dilihat di kawasan latitud tinggi, ia dijangka dapat dilihat lebih jauh ke arah khatulistiwa semasa ribut.

“Di bawah ramalan semasa, terdapat 20 peratus kemungkinan ribut itu akan memberi kesan kepada United Kingdom (UK),” dipetik Daily Star.

Hal tersebut juga dijangka boleh dikesan melalui radio amatur dan sistem kedudukan sejagat (GPS), terutamanya ketika menjelang Subuh dan senja.

Ribut solar gergasi hampiri Bumi hari ini, fenomena Aurora dapat dilihat dari Khatulistiwa
Ribut solar

Sementara itu, seorang ahli fizik cuaca angkasa lepas, Dr. Tamitha Skov turut menyebut hal yang sama di Twitternya pada semalam.

“Direct Hit! Model ramalan NOAA dan NASA menunjukkan akan berlaku ribut suria antara 12:00 dan 21:00 UTC pada 13 Mac.

“Kesan mungkin akan kuat! Jangkaan aurora jauh ke latitud pertengahan, radio amatur serta isu penerimaan GPS terutamanya menjelang Subuh dan senja dan ketika tengah malam.

“Ribut suria dan tinjauan lima hari aurora, minggu tersebut akan jadi agak sibuk dengan ancaman tiga kali ganda!

“Ribut suria yang besar akan ‘menghentam’ Bumi berselang-seli antara tiupan sekilas dari ribut suria sebelumya dengan angin suria yang kencang,” tulisnya di Twitter, lapor Daily Star.

Pada tahun lalu, ribut solar gergasi ini juga pernah berlaku dan sempat dirakam oleh seorang individu di mana video tersebut telah tular di media soial.

Pada ketika itu, kejadian yang berjaya dirakam tersebut sebenarnya dijangka akan berlaku dan dapat dilihat dengan jelas di England dan Ireland Utara.

Menurut Explorersweb, terdapat kawasan di atmosfera Bumi yang dikenali sebagai Zon Aurora dan di dalamnya mempunyai atmosfera yang lebih nipis berbanding dengan garis lintang selatan.