Sudah banyak kes melibatkan penghantar barang yang mengambil terlalu banyak masa untuk buat penghantaran ke rumah pelanggan.
Kini ada pula kes dimana penghantar barang tersalah hantar ke rumah yang tidak berpenghuni dan tidak mahu bertanggungjawab.
Pengguna Facebook, Memey Mey memaklumkan bahawa penghantar barang tersebut menyuruhnya mengambil barang tersebut sendiri.
“Semalam saya punya penghantar barang salah rumah, ambil gambar parcel (barang) yang dah dibaling dalam rumah tak berpenghuni.
“Penghantar tersebut menyuruh saya sendiri mengambil barang tersebut, terpaksa minta tolong jiran sebelah ambilkan.
“Kenapa tak hubungi saya dahulu, tolong jangan menyusahkan kami,” katanya dalam ruangan komen facebook.
Diharapkan para penghantar jika tidak tahu lokasi, hubungi pelanggan tersebut supaya tidak tersalah menghantar barang.
Baca juga: Makanan sedap tapi ‘service’ kelaut, wanita malu dimarah tukang kedai