Tular di Facebook, seorang penghantar makanan berkongsi kisah menerima tip sebanyak RM500 daripada pelanggannya iaitu seorang wanita paruh baya.
Dia menyangkakan wanita itu memberinya dalam jumlah kecil, namun terkejut saat melihat jumlah wang diberi.
Dia bertanya untuk apa duit sebesar itu diberikan kerana makanan sudah pun dibayar, namun pertanyaan itu tidak dilayan.
“Kau orang dapat tip paling banyak berapa? Aku, RM500. Kisahnya aku menghantar satu pesanan, yang pesan anak dia. Lepas bagi makanan, mak cik tu hulur tip. Aku ingat RM2 ke RM3 sekali RM500.
“Aku tanya dia (pelanggan), duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Aku cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.
“Jadi aku syak mak cik ini dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan saya,” kongsinya di laman kumpulan GrabFood Rider Malaysia.
Dalam hantaran sama, rider itu memaklumkan dia sudah pun memulangkan kembali wang tersebut.
Wang tersebut diletakkan di dalam peti surat rumah berkenaan.
Tindakan itu lantas menerima pujian ramai kerana kejujuran dan keikhlasannya bekerja.
Baca juga: Baru tahu nak pasang penyaman udara pun ada ‘pantang larang’, ini nasihat pereka dalaman rumah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio