Rina gembira peruntukan meningkat RM80juta bagi penduduk luar bandar

Rina gembira peruntukan meningkat RM80juta bagi penduduk  luar bandar

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun, gembira dengan peruntukan untuk penduduk luar bandar yang meningkat Lebih RM80 juta berbanding tahun lalu.

“Menjurus kepada keperluan rakyat, untuk luar bandar tadi banyak yang dibentangkan antaranya projek skim kesejahteraan rakyat yang naik daripada RM207 juta kepada RM280 juta yang sudah tentu akan memberi lebih nikmat kepada rakyat luar bandar itu merangkumi perumahan rakyat termiskin, untuk peningkatan pendapatan,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Malah pelajar dan institusi di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) turut mendapat manfaat daripada Belanjawan 2020, katanya.

“Bantuan pelajaran Mara RM2 bilion dan RM1.3 bilion untuk institut Mara sendiri yang semestinya untuk Bumiputera dan juga masyarakat luar bandar,” ujarnya.