Malaysia Dateline

Rina kini popular di Thailand juga

Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun bukan sahaja terkenal di Malaysia sekarang bahkan sangat popular di Thailand ekoran ‘pergambaran’ di Pusat Perpindahan Sementara di Salak Tinggi sebelum ini.

Sebuah stesen TV Thailand menyiarkan video beliau itu yang menunjukkan beliau sedang membersihkan tahi cicak di sekolah berkenaan dengan menggunakan water jet.

“She got 3 photographers and videographer to take her washing an already clean location (Ada 3 jurugambar dan jurukamera yang mengambil gambar beliau sedang membersihkan kawasan yang sudah bersih),” tulis laporan yang dibuat oleh PPTV36 secara live itu yang kini disebarkan oleh media sosial.

Sebelum kini, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membela Rina dengan berkata, beliau bukan sahaja membersihkan tahi cicak yang sukar untuk tanggal itu tetapi juga menyusun meja dan kerusi pelajar sekolah berkenaan.

Kenyataan itu dikeluarkan ekoran tular video yang mendakwa Rina ‘berlakon’ mencuci simen bersih di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) menggunakan alat penyembur air.

JKM menjelaskan, tindakan itu dibuat Datuk Seri Rina Harun untuk membersihkan kesan najis unggas dan cicak yang dilaporkan sukar dicuci sebelum ini.

Dalam satu kenyataan akhbar bagi menjawab isu berkenaan, JKM memaklumkan, Rina telah sudi menyertai operasi pasca bencana banjir yang diaturkan jabatan berkenaan untuk membersihkan Sekolah Kebangsaan Salak Tinggi yang dijadikan sebagai PPS dari 18 hingga 23 Disember lalu.

Katanya, Rina bukan sekadar menyertai pembersihan awam tetapi turut bersama Sukarelawan Keluarga Malaysia membersihkan kelas, menyapu lantai dan tingkap bilik darjah, menyusun atur meja serta kerusi pelajar supaya keadaan kembali seperti sedia kala memandangkan sesi persekolahan akan dibuka tidak lama lagi.