Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
Rina nafi Mara henti bantuan kepada usahawan luar bandar

Rina nafi Mara henti bantuan kepada usahawan luar bandar

BernamaJanuary 13, 2020 7:13 am




Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Rina Mohd Harun hari ini menafikan dakwaan, kononnya Majlis Amanah Rakyat (Mara) akan menghentikan bantuan kepada usahawan luar bandar.

Beliau sebaliknya berkata MARA akan terus mengadakan pelbagai program, dalam usaha membantu sekali gus melahirkan lebih ramai usahawan di luar bandar.

“Kalau ada yang kata kita hentikan bantuan kepada usahawan luar bandar, saya minta hentikan fitnah-fitnah ini.

“Saya lagi nak lahirkan lebih ramai jutawan, usahawan Mara  dan Mara akan terus buat lebih banyak program untuk bantu usahawan-usahawan… yang penting Mara sebagai satu institusi, membantu masyarakat luar bandar, akan meneruskan usahanya baik dari segi pendidikan mahupun keusahawanan,” katanya kepada pemberita selepas Program Ramah Mesra dan Ziarah Kasih Bersama Masyarakat Dun Bagan Pinang pada Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan kononnya Mara akan menghentikan bantuan kepada usahawan luar bandar.

Dakwaan itu timbul selepas Pengerusi Mara  Dr Hasnita Hashim, membuat kenyataan bahawa Mara  telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru, kecuali dalam bidang pendidikan pada Disember tahun lepas.

Mengulas lanjut, Rina berkata kenyataan itu mungkin telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak, sehingga menimbulkan kekeliruan.

Sehubungan itu, Rina berkata pihaknya akan membuat satu sidang media khas dalam masa terdekat untuk menjelaskan perkara itu.

“Kita tidak mahu timbul masalah ada yang menangguk di air keruh atau mungkin penyampaiannya tidak sampai dan sebagainya,” katanya.– BERNAMA

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Amalan demokrasi berparlimen tumbang apabila parlimen digantung, kata MPN

Apa guna ada Speaker jika sokong gantung Parlimen

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Terkini

Lapan kluster masih aktif di Sarawak

Selangor peruntuk RM6 juta untuk ujian saringan bersasar Covid-19

Mohon sidang parlimen khas bukan derhaka titah Agong

Lebih 60 negara dimasuki virus baharu Covid-19 dari UK

Lawan Covid-19 dengan kredibiliti

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production