Malaysia Dateline

Rina pula kini positif COVID-19

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19 hari ini.

Ini menjadikan dua menteri Kabinet Perikatan Nasional disahkan positif jangkitan berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Mustapa Mohamed positif virus itu dua hari lalu.

Menerusi siaran media kementerian itu, Rina telah menjalani ujian saringan di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam dan mendapat keputusan saringan malam tadi.

Rina juga dimaklumkan telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada jam 11.00 pagi hari ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.

“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua.

“Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaan beliau, Kementerian KPWKM meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan dan pemerkasaan,” kata kenyataan itu.