Malaysia Dateline

Rintihan pengusaha terpaksa tutup terus kedai kerana Covid-19

Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kepada semua negeri kecuali Sarawak sejak minggu lalu, ramai peniaga dan pengusaha restoran mula berasa risau tentang nasib yang bakal menimpa mereka.

Malah, ada dalam kalangan pengusaha yang terpaksa mengambil jalan akhir iaitu menutup perniagaan yang telah diusahakan bertahun-tahun lamanya kerana risau tidak dapat menampung kos-kos operasi sekiranya perniagaan itu diteruskan.

Di Facebook Page Makaner, penulis berkongsi nasib yang menimpa para peniaga di sebuah pasar raya sebelum PKP bermula tempoh hari.

Menurutnya, mungkin ada sesetengah individu yang berasa seronok sebaik sahaja Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan PKP.

Namun, tidak bagi mereka yang berniaga di pasar raya terkemuka di kawasan Kuala Lumpur.

Jelas beliau, hampir semua kedai rakan-rakannya terpaksa ditutup kerana pengurangan pengunjung.

“Seronoknya PKP. Ada segelintir yang suka PKP ni. Bagi yang belum kena atas batang hidung sendiri, sila lah bersuka ria dan bersiap-siap nak balik sambung cuti atau ‘WKP’. Ni saya share gambar-gambar rakan-rakan yang sama-sama berniaga. Ada yang buka kedai makan, ada yang berniaga dalam mall dan lain-lain.

“Semua gambar terkini. Yang gambar kedai mula-mula tu adalah rakan peniaga yang berjiran dengan kedai saya di KL, yang lain kosong tu dekat The Curve, Damansara dan Midvalley food court.

“Ada kedai member. Antara ayat yang menyayat hati dari member saya “bro, i’m done..” Seronok ya PKP. Ni yang duduk dekat MAEPS tu pun ada juga yang jenis suka complain sana sini. Hang ingat hang duduk dalam hotel ka atau orang berlagak kayangan,” luahnya di Facebook.

Manakala di ruangan komen pula, beberapa individu turut berkongsi kisah sedih bahawa mereka juga menghadapi nasib yang sama.

Pengguna Facebook Ariff Asyraf pula menceritakan pengalamannya yang pernah menutup tiga kedai sekali gus dan kini beliau menjadi pelarian kerana ‘dikejar’ oleh pihak bank.

“Orang biasa tidak akan faham orang-orang bisnes ni… harap cepat-cepat ‘change’ bisnes kau… sebab aku dulu tiga sekali tutup.. Habis semua jual sekarang jadi pelarian hari-hari bank kacau… Hmmmm… entah la nak luahkan siapa nak dengar kan… ni la dunia kejam,” tulisnya.

Manakala Helmi Ahmad juga sempat menceritakan kisahnya yang terpaksa ‘shut down’ kedai setelah menghabiskan puluhan ribu duit untuk mengubahsuai kedai pada akhir tahun 2019.

“Bro ‘I’m done’ juga bro. Baru sebulan ‘shut down’ (tutup) kedai. akhir tahun 2019 ‘renovation’ (ubah suai) kedai habis puluh k (ribu). ngam-ngam bulan tiga, 2020, Covid-19. Belum sempat apa-apa. Sedaya upaya kekalkan staff. ambil psu dll. tapi… insha-Allah ada rezeki lain. Semoga Covid-19 cepat-cepat berakhir,” luahnya yang turut berharap agar ada rezeki baru yang muncul selepas pandemik ini berakhir.