Malaysia Dateline

Risau batuk & kahak tidak berhenti? Nah, ini petua Dr Rizal beri hanya guna 2 bahan

Batuk boleh menyerang sesiapa sahaja akibat virus yang menjangkiti saluran pernafasan atas di kawasan hidung, faring (tekak) dan laring.

Tentu kita tidak selesa jika batuk dan kahak berlarutan. Duit juga cepat surut akibat tidak sudah-sudah membeli ubat batuk di farmasi. Bahkan, dikatakan ubat batuk di pasaran boleh memberi kesan sampingan termasuk pada bahagian otak.

Namun, jangan risau kita sebenarnya cara alami yang dikongsikan pengamal perubatan, Dr Rizal Abu Bakar menerusi Facebook beliau baru-baru ini:

Zaman sekarang, saya lihat ramai yang kerap sakit. Terutama selesema dengan batuk.

Mainan fikiran buatkan badan rasa lemah semacam. Betul tak?

Fikir pasal cik Vid. Asal demam je cik Vid. Asal batuk je cik Vid.

Bukan setakat cik Vid. Sekarang ni juga musim berubah-ubah. Kejap panas kejap hujan.

Saya dah pernah kongsi tentang remedy untuk selesema. Green flu shot dan minuman immune booster.

Tak perlu ubat batuk, Dr Rizal beri petua hilangkan batuk & kahak guna 2 bahan
Bawang bercampur madu petua yang baik untuk diamal mengelak anda berasak di klinik.

Kali ini saya nak kongsi tentang cara rawat batuk.

Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak?

Dulu masa saya kerja di Australia. Saya pernah lihat. Saya jadi takut lepas tengok.

Semenjak hari tu. Saya dah tak ambil dah ubat batuk. Lagi-lagi nak bagi kat anak-anak. Jauhkan diri daripadanya.

Bila batuk menjelma. Saya guna alternatif lain. Cari yang kesannya tak macam ubat batuk. Kesan yang berbeza terus. Kesan yang tak jahanamkan otak.

Makan masa untuk saya cari. Saya review jurnal saintifik. Saya baca buku. Saya rujuk mereka yang pakar. Akhirnya, jumpa.

Sehingga kini, saya gunakan petua ni sekiranya batuk. Cara pun mudah.

Caranya ialah:

  1. Potong 1 biji bawang Bombay/Holland kepada 2 bahagian. Guna 1 bahagian sahaja.
  2. Leraikan lapisan bawang tadi.
  3. Campurkan 1 atau 2 sudu makan madu mengikut yang kita mahu.
  4. Gaulkan biar rata.
  5. Tutup dan biarkan selama 1 atau 2 jam.
  6. Jus akan dirembeskan melalui bawang bercampur madu.
  7. Ambil satu sudu dan minum.

Rasanya persis ubat batuk. Tujuannya keluarkan kahak dengan mudah. Tiada kesan buruk pada otak.

Orang putih panggil ‘cough syrup.’ Melalui pembacaan saya dapati juga petua ni mereka pakai lama dah. ‘Homemade remedy’ untuk batuk.

Boleh cuba di rumah.