Bagi yang gemar buat kuih muih mesti perlukan kelapa parut tapi kalau setiap hari nak kena memarut mesti rasa penat.
Ada sesetengah orang yang gemar membeli dalam kuantiti yang banyak dan simpan dalam peti ais, tapi kalau tak kena cara, seminggu dua sahaja bertahan.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Niza Hamid yang berkongsi tip simpan kelapa parut menerusi halaman ‘Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)’.
“Yang suka buat kuih berasaskan kelapa parut mesti kena simpan banyak stok kan? Nak buat inti lah, nak campur dalam adunan kuih, nak perah jadi santan.
“Boleh cuba cara ni nak simpan biar tahan lama dan tak masam.”
Tip simpan kelapa parut
Bahan-bahan:
- Kelapa parut
- Sedikit garam
Cara-cara:
1. Letakkan kelapa parut dalam loyang.
2. Taburkan dan gaulkan garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah sebagai anti pereputan, buat tahan lama.
3. Masukkan loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan. Kukus selama 15 minit.
4. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik anggaran sekali masak. Simpan dalam peti sejuk bahagian sejuk beku.
5. Bila nak guna, keluarkan berapa banyak nak guna dan kukus semula.
Kalau guna cara ni kelapa parut boleh tahan dua hingga tiga bulan, jadi tak risau lagi kalau perlu beli dalam kuantiti yang banyak.
Tips tambahan:
Kalau nak buat santan pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air sebelum ditapis. Boleh ulang kisar hingga tiga kali.
Baca juga: Lelaki kongsi tips jimat elektrik kalau guna ‘aircond’, bil harian tak pernah cecah RM3!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio