Tiada angin tiada ribut, pelakon, Rita Rudaini tiba-tiba memuat naik satu hantaran berbaur sindiran di Instagram ‘Story’ miliknya.
Mencetuskan tanda tanya, Rita menghambur sindiran pedas itu menerusi beberapa siri hantaran tanpa menyebut nama mana-mana individu.
Rita mendakwa kenyataan itu ditujukan kepada individu yang tidak pernah rasa bersalah terhadap apa yang pernah dilakukan sebelum ini.
Menurut pelakon yang berusia 47 tahun itu, pasangan hidup perlulah dipilih dengan tepat agar tidak menyesal suatu hari nanti.
Walaupun tidak menyebut nama, ramai orang mula meneka bahawa individu yang dimaksudkan adalah bekas suami Rita, iaitu Aidil Zafuan.

“Sebab itu pilih orang keliling atau pasangan kita itu penting. Kalau keliling atau sebelah kita itu hati busuk bangkai, takkan tak melekat bau itu dekat kita?
“Bila hati kau dah membusuk dan berulat, babi hutan depan kau pun kau nampak macam British Short Hair (baka kucing),” katanya.
Rita juga menyelar tindakan individu itu yang mempersoalkan kewarasan dirinya dalam berkongsi perihal kehidupan di media sosial.
Memberi amaran, Rita menyarankan agar individu tersebut sentiasa berhati-hati dengan doa orang yang teraniaya.
“Aku pun ada hidup dengan anak-anak aku, yang aku rasa suka hati aku nak kongsi atau tidak. Ke ada sesuatu yang tak selesai? Sampai kau terkesan?.” Luahnya.
Merupakan perkahwinan kedua, Rita bernikah dengan pemain bolasepak kebangsaan, Mohd. Aidil Zafuan pada 2008 sebelum bercerai pada 2013.
Baca juga: “Ni kalau lemas ni..” – Anak-anak tinggal dalam kereta, mak ayah seronok pergi open house