Malaysia Dateline

Riza Aziz beri keterangan kali kedua di SPRM

Riza Aziz, anak tiri mantan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini untuk memberi kenyataan buat kali kedua mengenai penyiasatan ke 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Riza, yang datang dengan kereta Audi memakai suti, tiba pada pukul 3.05 petang tadi.

Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat penggambaran yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat, diarahkan hadir semula hari ini kerana kenyataannya akan diambil.

Lebih daripada 20 pengamal media tempatan dan asing telah berkumpul di hadapan bangunan SPRM untuk menunggu ketibaan Riza.

Semalam, kenyataan Riza mengenai perkara yang sama telah diambil lebih dari sembilan jam sebelum meninggalkan bangunan SPRM pada pukul 10.30 malam.

Terdahulu, portal tempatan melaporkan bahawa anak lelakinya Najib dipanggil untuk membantu siasatan ke atas skandal 1MDB yang dipercayai menggunakan beratus juta dana syarikat untuk menghasilkan filem di Hollywood.

Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull mengesahkan bahawa hanya kenyataan Riza yang dicatatkan dan tidak ada keperluan untuk menahannya buat masa ini.