Riza Aziz akan didakwa hari ini

Riza Aziz akan didakwa hari ini

Anak tiri kepada bekas Perdana Menteri, Riza Aziz ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa hari ini

Beliau akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA).

Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata Riza ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengahari semalam.

Tanpa mendedahkan butiran lanjut penahanannya, Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya berkata Riza ditahan di ibu pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pukul 12 tengah hari ini.

Beliau berkata, bagaimanapun Riza telah dibebaskan dengan ikat jamin dan akan dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada pukul 9.00 pagi esok (Jumaat).

“Riza akan didakwa di bawah Akta Pengubahan Wang Haram,” katanya.-Bernama.