Malaysia Dateline

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$102.1 bilion pada 15 Nov

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$102.1 bilion pada 15 Nov, 2018 daripada US$101.7 bilion pada 31 Okt, 2018.

Bank pusat itu, dalam kenyataan hari ini berkata kedudukan rizab itu adalah memadai untuk membiayai 7.7 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar negara jangka pendek.

Komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$96.4 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$2.2 bilion).

BNM berkata aset termasuk emas dan tukaran asing dan rizab lain termasuk SDR adalah sebanyak RM423.4 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM3.39 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM6.98 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion), dan aset-aset lain (RM7.05 bilion).

Liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM132.89 bilion), mata wang dalam edaran (RM102.47 bilion), deposit oleh institusi kewangan (RM158.97 bilion), deposit kerajaan Persekutuan (RM12.64 bilion), deposit-deposit lain (RM883.53 juta), Kertas BNM (RM26.99 bilion), peruntukan SDR (RM7.77 bilion), dan liabiliti-liabiliti lain (RM2.91 bilion).

— BERNAMA