Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.3 bilion pada 15 Julai

Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$103.3 bilion pada 15 Julai

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$103.3 bilion (US$1=RM4.112) pada 15 Julai, 2019 daripada US$102.7 bilion pada 28 Jun 2019.

Dalam kenyataan, bank pusat itu pada Isnin berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 7.3 bulan import tertangguh dan 1.2 kali jumlah hutang luar negara jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa terdiri daripada rizab mata wang asing sebanyak US$97.1 bilion, kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR (US$1.1 bilion), emas (US$1.8 bilion) dan lain-lain aset rizab (US$2.2 bilion).

Ia berkata aset termasuk emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain termasuk SDR yang berjumlah RM427.99 bilion, kertas kerajaan Malaysia (RM2.28 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM3.34 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.95 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion), dan aset-aset lain (RM11.63 bilion).

Modal dan liabiliti terdiri daripada modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM141.31 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.50 bilion), deposit institusi kewangan (RM154.41 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM21.61 bilion), deposit lain (RM1.45 bilion), kertas Bank Negara (RM18.58 bilion), peruntukan SDR (RM7.72 bilion), dan liabiliti lain (RM2.66 bilion).- BERNAMA