Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada US$115.2 bilion pada 31 Jan 2023

Oleh MALAYSIADATELINE

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) meningkat kepada US$115.2 bilion (US$1=RM4.31) pada 31 Jan, 2023, daripada US$114.9 bilion yang dicatatkan pada 13 Jan, 2023.

Bank pusat dalam satu kenyataan hari ini berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 5.3 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$103 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$1.4 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$2.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.8 bilion).

Baca Artikel Penuh