Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$102.4 bilion pada 28 Feb

Rizab antarabangsa BNM sebanyak AS$102.4 bilion pada 28 Feb

Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) sebanyak US$102.4 bilion pada 28 Feb, 2019, meningkat berbanding US$102.1 bilion yang dicatatkan pada 31 Jan, 2019.

Bank pusat berkata kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.0 kali hutang luar jangka pendek.

Dalam kenyataan hari ini, BNM berkata komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Feb 2019, meliputi rizab mata wang asing US$96.5 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (US$900 juta), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.1 bilion), emas (US$1.6 bilion) dan rizab lain (US$2.3 bilion).

BNM berkata aset juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, berjumlah RM423.26 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM2.82 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM2.47 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.13 bilion), tanah dan bangunan (RM4.17 bilion) dan aset-aset lain (RM11.19 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM135.73 bilion), mata wang dalam edaran (RM108.99 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM161.86 bilion), deposit kerajaan persekutuan  (RM12.02 bilion), deposit lain  (RM931.87 juta), Kertas Bank Negara (RM21.79 bilion), peruntukan SDR (RM7.74 bilion) dan liabiliti lain (RM1.89 bilion).

— BERNAMA