Malaysia Dateline

Rizab Malaysia berjumlah AS$103.49 bilion pada akhir Ogos 2019

Rizab Malaysia kekal tetap boleh guna pada akhir Ogos 2019, dengan aset rizab rasmi berjumlah US$103.49 bilion, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata aset mata wang asing lain berjumlah US$62.04 juta.

“Bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing, yang termasuk, pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh Kerajaan dan pembayaran balik perolehan daripada Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara apabila matang, berjumlah US5.72 bilion.

“Kedudukan hadapan pendek berjumlah US13.67 bilion pada akhir bulan Ogos 2019, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang,” katanya.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak bulan April 2006, data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek berjumlah US2.48 bilion untuk tempoh 12 bulan akan datang.

Bank itu berkata satu-satunya saluran keluar bersih jangka pendek aset mata wang asing luar jangka ialah jaminan Kerajaan bagi hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh satu tahun, berjumlah US336.7 juta.

“Tidak mempunyai sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen, kemudahan kredit belum digunakan dan kemudahan kredit tanpa syarat yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“Bank Negara Malaysia juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.– BERNAMA