Rizalman dicabar lapor Polis,SPRM jika benar diperangkap, kata MP Segambut

Rizalman dicabar lapor Polis,SPRM jika benar diperangkap, kata MP Segambut

Ketua Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar dicabar membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) kerana mendakwa ada pihak cuba merosakkan nama baiknya.

Ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng berkata penafian Rizal dalam sidang medianya pada Isnin, jelas, menyatakan satu perangkap yang dirancang.

“Saya hairan bagaimana Datuk Rizalman berkata beliau dan rakan-rakannya hanya minum kopi dan minuman ringan di sebuah kelab malam di Kuala Lumpur tetapi ujian air kencing mereka didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

“Saya bertambah hairan dengan dakwaan Rizalman bahawa serbuan ke kelab malam itu dan ujian air kencing ke atas mereka oleh pasukan polis bersama SPRM pada awal pagi Isnin lalu adalah satu ‘perangkap’ atau merupakan satu ‘game plan’ yang terancang.

Lim Lip Eng

Lim Lip Eng

“Saya mencabar Rizalman dan rakan-rakannya supaya membuat laporan polis dan mengadu ke SPRM dalam tempoh 24 jam tentang dakwaan ‘perangkap’ atau ‘game plan’ itu dan juga dakwaan bahawa terdapat kemungkinan sampel saringan air kencing mereka telah diganggu atau ditambah anasir tidak diingini.

“Jika tidak, mereka wajar meminta maaf kepada pihak polis dan SPRM,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mempersoalkan tempoh tahanan kurang 24jam ke atas Rizalman oleh polis, kini merupakan kes tauladan (precedent) di Malaysia.

“Kes tauladan yang boleh dirujuk di mahkamah oleh para peguam untuk memohon supaya suspek yang disyaki menyalahgunakan dadah dibebaskan lebih awal.

“Sebelum kes Rizalman yang dilepaskan dengan begitu cepat walaupun ujian air kencingnya didapati positif dadah, pihak polis selalu memohon tahanan reman ke atas suspek sehinggalah laporan kimia selesai dan kemudian suspek didakwa di mahkamah sekiranya keputusan laporan kimia masih didapati positif, itu sahaja boleh mencecah seminggu dalam lokap.

“Atau pihak polis menahan reman suspek terbabit untuk sekurang-kurangnya beberapa hari sehingga siasatan terhadap pembekal dadah berkenaan selesai,” terangnya yang turut mempersoalkan siapa di Bukit Aman yang memberikan arahan untuk membebaskan Rizalman kerana ia dianggap menyimpang daripada amalan biasa pihak polis.

“Adakah Rizalman satu-satunya suspek yang dibebaskan kurang 24 jam selepas ditangkap atau adakah kesemua rakan-rakannya yang turut ditangkap juga dibebaskan bersama-sama beliau?

“Mungkin Bukit Aman boleh menyiarkan rakaman video proses tangkapan Rizalman dan rakan-rakannya di berita TV sepertimana biasa dilakukan oleh pihak polis dalam operasi tangkapan besar-besaran.

“Sekurang-kurangnya nampaklah macam polis melayan semua tahanan jenayah secara adil dan saksama,” ujarnya.

Semalam dalam sidang media Rizalman mendakwa disabotaj berhubung penahanannya terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Beliau dipetik berkata, tidak pernah terbabit dalam sebarang pengambilan dadah seperti yang tersebar dan yakin ia adalah satu perangkap terhadapnya bertujuan merosakkan nama baik beliau.

Media Isnin lalu melaporkan Rizalman ditahan di sebuah kelab malam, di Jalan Imbi di sini dalam serbuan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya.

Hasil siasatan awal polis mendapati beliau dan beberapa lagi rakannya positif dadah.

Mengulas lanjut beliau berkata, bersedia meletakkan semua jawatan yang dipegang sekiranya siasatan dan mahkamah mendapatinya bersalah.

3.5
OVERALL SCORE
: 7.0
1 user vote x 0.0