Malaysia Dateline

BNM mengumumkan langkah-langkah baru untuk menggalakkan lebih banyak perdagangan dalam negeri dalam ringgit, sebagai usaha untuk mengekang kejatuhan mata wang tempatan berbanding dolar AS.

Rizab antarabangsa Bank Negara RM429 bilion pada 15 Nov

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah US$101.5 bilion (RM429 bilion) pada 15 Nov, 2017, berbanding US$101.5 bilion (RM428.9 bilion) yang dicatatkan pada 31 Okt, 2017 dan US$101.4 bilion (RM428.7 bilion) pada 13 Oktober, 2017.

Paras rizab ini memadai untuk membiayai 7.5 bulan import tertangguh dan adalah 1.1 kali hutang luar negeri jangka pendek, kata bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Komponen utama rizab antarabangsa adalah rizab mata wang asing (US$95.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabangsa (US$0.8 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (US$1.2 bilion), emas (US$1.5 bilion) dan aset rizab lain (US$3.0 bilion).

Aset-aset ini termasuk emas dan pertukaran asing dan rizab-rizab lain termasuk SDR (RM428.982 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM4.001 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM6.956 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM7.712 bilion), tanah dan bangunan (RM2.113 bilion) dan aset-aset lain (RM7.464 bilion).