RM1 lama dibeli pada harga RM1k! Rupanya sebab ada ‘Ong’, semua nombor siri angka 8

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sangka nilai not kerta lama kadangkala sangat bernilai dan boleh mencecah ribuan ringgit walhal nilai sebenar hanyalah RM1.

Namun bukan semua duit lama bernilai, ia adalah lebi kepada nombor siri yang unik atau keadaan fizikal ditambah pula dengan tandatangan gabenor bank negara lama.

Seorang lelaki memuat naik video di media sosial mengenai not RM1 yang dibeli pengumpul wang lama pada harga RM1,000.

Menurut temubual bersama mStar, pengumpul wang lama dikenali sebagai Ah Kai memaklumkan bahawa wang lama adalah hobi dan kini menjadi perniagaan.

Uniknya nombor pada not RM1 yang dibeli pada harga RM1,000 adalah dek kerana nombor siri lapan yang menjadi perhatian.

“Saya suka kumpul duit Malaysia dan Malaya sebab saya suka dan cinta negara ni. Saya suka sejarah Malaysia.

“Hobi ini bermula sejak saya kecil, tapi betul-betul menjadikannya sebagai bisnes bermula tahun 2012,” katanya seperti dipetik mStar.

Jelas Ah Kai, tidak semua not RM1 yang digunakan sekarang istimewa kerana kebanyakan ia ditandatangani oleh bekas Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

“Tapi dalam video ni, duit dia bernilai tinggi kerana nombor sirinya semua sama iaitu lapan, dan saya suka. Sebab itulah saya beli dengan harga tinggi.

“Saya tawar (nilai) dan dia bersetuju dan amat gembira sebab kedai lain hanya boleh beli antara RM300 hingga RM700. Tapi saya beri dia RM1,000,” katanya.

Tambah Ah Kai, mobor siri lapan tersebut bukan sahaja dianggap bertuah tapi ia adalah nombor kegemarannya.

“Semua nombor yang sama memang susah dapat dan menjadi rebutan ramai pengumpul wang. Ini yang kita namakan nombor ‘solid’.

“Saya ada banyak koleksi nombor ‘solid’. Saya kumpul nombor siri satu, tiga, tujuh, lapan dan sembilan.

“Nombor lapan ini macam Huat Ong (kemakmuran dan tuah) bagi orang Cina,” ujarnya.

Boleh semak balik nombor siri dekat duit kertas masing-masing, mana tahu boleh dijual pada harga yang lebih tinggi.

Baca juga: Orang ramai beratur ‘cucuk’ duit walaupun tiada baki dalam akaun, cuba nasib masa bank alami masalah teknikal