Malaysia Dateline

RM10,000 KWSP : Bagaimana nasib mereka yang tidak mencarum, apa pelan kerajaan?

Kerajaan diminta menjelaskan apa perancangan terhadap nasib mereka yang tidak mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) khususnya bagi meringankan beban pasca Covid-19.

Amat menyedihkan apabila rakyat terpaksa bertindak memecah tabung persaraan KWSP atas kegagalan kerajaan mentadbir dan membantu ringankan beban pasca Covid-19

Timbalan Presiden AMANAH Datuk Seri Salahuddin Ayub turut mempersoalkan bagaimana dengan nasib 3.9 juta tenaga buruh dalam sektor informal tanpa perlindungan sosial seperti KWSP, Perkeso dan lain-lain lagi.

RM10,000 KWSP : Bagaimana nasib mereka yang tidak mencarum, apa pelan kerajaan?
Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub

“KWSP hanya melibatkan 15.1 juta ahli dengan hanya 7.6 juta ahli yang aktif. 3.8 juta tenaga buruh dalam sektor informal tanpa perlindungan sosial (KWSP, PERKESO).

“Bagaimana nasib mereka yang tiada KWSP? Apa pelan kerajaan?” soal beliau dalam kenyataan.

Soalnya lagi seramai 6.1 juta ahli KWSP hanya mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000. Adakah ini bermakna mereka terpaksa mengeluarkan keseluruhan simpanan untuk menampung kos sara hidup?

Purata baki simpanan untuk pencarum KWSP dalam kategori B40 (69% daripada jumlah pencarum) hanyalah RM1,005, manakala purata baki simpanan untuk M40 (10% daripada pencarum) ialah RM25,000.

Setakat Disember 2021, hanya 27% pencarum mencapai tahap simpanan asas (simpanan mencukupi utk tidak bersara dalam kemiskinan).

“Jadi macam mana hendak bersara?

“Pada 2040, sebanyak 25.4% populasi Malaysia yang akan berumur 60 tahun ke atas manakala pada 2060, sebanyak 54.5% yang akan berumur 60 tahun ke atas.

“Bagaimana persediaan Malaysia ke arah pelan persaraan rakyat?” soalnya lagi.

Terdahulu, setelah diasak bertalu-talu oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Umno akhirnya Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob memutuskan untuk membenarkan pencarum KWSP mengeluarkan RM10,000 daripada akaun mereka.

Namun, KWSP serta Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abd Aziz sering menekankan risiko mengeluarkan KWSP yang oleh pencarum membabitkan hari tua mereka.

Baca juga: https://malaysiadateline.com/ph-tandatangan-mou-ada-muslihat-mahu-hancurkan-umno-bn-kata-zahid/

Baca juga: https://themalaysialife.com/kak-long-7e-dituntut-minta-maaf-buat-kerja-amal-sebab-persendakan-oku/