Malaysia Dateline

  • Berita
  • Negeri
  • Rencana
  • Kolumnis
  • Antarabangsa
  • Pencerahan
  • DatelineTV
  • Sumbangan
  • Hubungi Kami
Malaysia Dateline
RM18.8 juta dibelanjakan untuk e-Tunai Rakyat setakat ini

RM18.8 juta dibelanjakan untuk e-Tunai Rakyat setakat ini

MALAYSIADATELINEJanuary 17, 2020 12:33 pm




Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata, sehingga malam tadi, RM18.8 juta dibelanjakan di bawah skim e-Tunai Rakyat.

“Sehingga jam 10 malam tadi, sudah ada 784,000 orang memohon, 672,000 permohonan diluluskan dan RM18.8 juta dibelanjakan.

“Oleh itu, reaksi adalah amat menggalakkan,” kata Lim dalam satu sidang akhbar di Kementerian Kewangan di Putrajaya seperti dipetik Malaysiakini hari ini.

Skim e-Tunai, yang diuruskan oleh Khazanah Nasional Bhd, adalah insentif pemberian kerajaan sebanyak RM30 kepada mereka yang layak melalui e-dompet.

Skim ini melibatkan tiga syarikat pembayaran digital – Axiata Digital Sdn Bhd (yang mengendalikan Boost), Touch N ‘Go Sdn Bhd (Touch’ N Go) dan Grab Holdings Ltd (GrabPay).

Ditanya mengenai kebimbangan bahawa kewujudan hanya tiga pengendali akan menyebabkan persaingan tidak sihat (oligopoli), Lim berkata kerajaan hanya pembuat dasar manakala butirannya dikendalikan oleh Khazanah.

“Kami membuat keputusan dasar dan kami telah minta Khazanah menjadi agensi pelaksana, jadi kami biarkan Khazanah buat keputusan mengenai semua butiran lain. Jika anda mahu maklumat lanjut, penerangan, anda boleh tanya Khazanah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan mahu jangkauan pembayaran digital ini dapat meluaskan platform sedia ada.

Oleh itu untuk memastikan skim e-Tunai Rakyat ini berjaya, ia mesti mencapai bilangan pelanggan dan peniaga mendaftar yang mencukupi.

“Itu adalah keputusan yang dibuat oleh Khazanah, jadi berdasarkan penilaian itu, saya fikir mereka membuat pilihan ini,” jelas beliau.

 

malaysiadateline.com adalah portal berita percuma yang menyajikan naratif luhur untuk pembaca budiman.

Sumbangan anda adalah penting untuk kelangsungan portal ini. Sila klik butang ‘support us’ dan sumbangan anda adalah sangat dihargai.

 





widget-image
widget-image

Popular

Anwar dicadang buat petisyen kepada Agong, PM tiada majoriti

‘Pas ikut sunnah Trump, kalah pilihan raya tapi mahu jadi kerajaan’

RM35 juta mungkin dah boleh buat lebih 6 buah masjid, kata DAP

Pemuda Pas jelas tidak menghormati PKP

Husam potong elaun Senator bermula gaji Januari bantu frontliner

Terkini

Wajibkan ujian saringan sebelum mahasiswa pulang ke kampus

Rintihan pekerja kilang dilanda Covid-19

Sampai bila KUIZM, Sriti dan Pasti mahu bernafas dalam lumpur, tanya aktivis Pas

Awas, usaha nak tanam kebencian tu

Kenyataan Hadi sahkan kerajaan hari ini tidak ada majoriti

Malaysia Dateline
Terima Kasih kerana mengunjungi kami.
SEARCH SOMETHING
© 2017 Malaysia Dateline. All rights reserved. Designed by Media Oren Production