RM1bilion projek tebatan banjir yang tertangguh di bawah Pelan Pembangunan Malaysia

RM1bilion projek tebatan banjir yang tertangguh di bawah Pelan Pembangunan Malaysia

Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak, semasa lawatannya ke Pulau Pinang semalam, tidak membuat pengumuman tentang sebarang peruntukan baharu untuk projek tebatan banjir di di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, perdana menteri hanya akan mempertimbangkan secara serius projek tebatan banjir yang bernilai RM1 bilion itu yang masih belum diberikan di bawah Pelan Pembangunan Malaysia 5 tahun sebelum ini.

“RM150 juta yang disebut oleh Perdana Menteri adalah pengumuman yang telah dibuat sebelum ini pada 8 November 2016 oleh Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

(Kiri) Lim Guan Eng dan Datuk Seri Najib Razak (kanan) ketika sidang media diadakan mengumuman mengenai projek tebatan banjir di Pulau Pinang dalam lawatannya ke negeri itu semalam.

Beliau mengulas laporan media semalam yang dipetik menyebut Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbangkan peruntukan RM1 bilion yang diperlukan untuk melaksanakan projek tebatan banjir di Pulau Pinang.

Perdana Menteri dipetik berkata, peruntukan itu membabitkan 13 projek berskala besar dan kecil, yang dikenal pasti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk mengatasi masalah banjir seperti yang melanda ketika ini.

Najib berkata setakat ini, Kerajaan Persekutuan sudah lulus RM150 juta. Kita sanggup timbang peruntukan tambahan mengikut kemampuan kewangan.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor turut mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri atas lawatan dan kesanggupan Najib untuk mempertimbangkan secara serius untuk mengeluarkan RM1 bilion sepertimana yang telah diluluskan di bawah pelan Malaysia 5 tahun sebelum ini.

Tumpuan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada masa ini ujarnya lagi, adalah untuk meneruskan kerja-kerja bantuan dan menyelamat bagi memastikan keadaan kembali normal secepat mungkin.

“Pulau Pinang tidak bernasib baik apabila terkena 3 kesan limpahan bukan sahaja daripada Taufan Damrey yang melanda Vietnam pada 4 November, angin kencang yang tidak dijangka selaju 40 kilometer per jam (kmj) yang tidak pernah dilihat sebelum ini di Malaysia sehingga feri Pulau Pinang boleh diangkat dan ditolak ke atas jeti konkrit; serta hujan lebat dan banjir di Kedah.

“Hujan lebat dan banjir di Kedah telah menyebabkan jumlah air yang banyak dicatatkan mengalir ke sungai kita, melimpah ke tebing sungai di sini sebelum mengalir ke laut. Ini telah memberikan kesan banjir buruk di daerah Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah yang berhampiran dengan tebing sungai meskipun tidak ada setitik hujan pun.

“Situasi ini dapat dipulihkan di Pulau Pinang dengan pusat penempatan banjir ditutup dan mangsa-mangsa banjir telah kembali ke rumah masing-masing, kecuali dua daerah yang telah disebut terjejas akibat air banjir di Kedah, walaupun tiada sebarang hujan,” ujarnya.

Jumlah mangsa banjir yang disebabkan oleh banjir yang melanda Kedah adalah lebih teruk dan lebih ramai daripada mangsa yang terlibat dengan ribut besar dan hujan pada 4-5 November 2017, dengan 1, 284 keluarga dan 5,102 orang masih berlindung di Pusat Pemindahan Banjir.

Seramai 821 keluarga dengan 3,381 orang sedang berlindung di daerah Seberang Perai Utara dan 463 keluarga dengan 1,721 orang di daerah Seberang Perai Tengah.

Katanya lagi, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dan agensi-agensi lain untuk cuba mengepam air kembali ke sungai apabila paras sungai air telah menurun, cuba untuk mencepatkan pengurangan air banjir.

“Kami berharap ini akan membolehkan penduduk untuk kembali ke kediaman mereka dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang hanya boleh menggesa kesabaran dan kefahaman pada masa yang sangat mencabar ini.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang memandang serius terhadap tanah runtuh yang disebabkan oleh ribut dan hujan lebat di bahagian Pulau, terutama di kawasan bukit-bukit berhampiran Bukit Bendera.
“Kita akan mengambil tindakan segara untuk menangani situasi ini dan berharap orang ramai akan bertindak ke atas panggilan pihak berkuasa untuk berpindah jika dan apabila keadaan memerlukan.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada parti-parti politik, NGO seperti Tzu Zhi dan orang awam yang bermurah hati menderma bukan sahaja dari segi wang ringgit tetapi masa dan tenaga untuk membantu mangsa-mangsa terjejas termasuk membantu membersihkan harta benda yang rosak. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada REHDA Pulau Pinang, Persekutuan Pengilang Malaysia (FMM) Pulau Pinang, Kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali, pihak kementerian dan agensi Kerajaan Persekutuan yang telah menyumbang tenaga dan jentera berat seperti lori, jengkaut dan lori ro-ro.

“Kami juga berterima kasih kepada Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibrahim yang telah menitahkan Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), yang akan menderma hadiah wang daripada kemenangan Piala Malaysia baru-baru ini kepada mangsa-mangsa banjir di Pulau Pinang. Ini telah diumumkan oleh Presiden Kelab JDT Tunku Tun Aminah Ibrahim.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama dengan Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) akan memberi tumpuan untuk menyelamat dan memberi bantuan bersama-sama dengan agensi-agensi lain sebelum menggariskan langkah seterusnya – membangun semula Pulau Pinang daripada bencana alam ini,” ujarnya.

10.0
OVERALL SCORE
: 10.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS